siapakah irshad manji?? tidaklah saya ketahui secara terperinci mengenainya. beliau seorang pemikir yang membawa ideologi liberalisme, pluralisme and feminisme, aktivis homoseksual dan mengakui masih seorang muslim. isu ini menjadi hanat apabila UIA membatalkan penganjuran program dimana dia dijemput memberi ceramah. buku tulisan irshad manji,'Allah, kebebasan dan cinta' telah tiba di Indonesia dan dikatakan mendapat sambutan, tidak kurang juga yang menentang. Di malaysia, bukunya telah dilancarkan sabtu lepas.irshad manji mendapat pendidikan di dua buah tempat iaitu secular public school and madrasah.
idealogi ini mugkin dari rasa tidak puas hati yang terbit dari pengalaman hidupnya. ya, mugkin silap pendidikan islam yang diterimanya di sana. beliau dikenali sebagai seorang yang gemar bertanya sehinggakan dia mendapat menganugerahan di secular public school. lain pula ceritanya di madrasah. cara hidup dan penjagaan ikthilat antara lelaki dan perempuan dilihat sebagai menindas kaum wanita dan pertanyaannya terhadap soal agama terhadap gurunya tidak mendapat jawapan sewajarnya. beliau mahu dididik bukannya terindoktrinasi. beliau mula membaca tafsiran al-quran dalam bahasa inggeris dan mentasir menggunakan logik akal dan pemahaman supaya selari dengan kepercayaannya. seharusnya dalam mentafsir al-quran, ia perlu dilakukan dengan kajian yang mendalam dan berguru.
"Dialah yang menurunkan kitab(al-quran) kepadamu (Muhammad). Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat(ayat2 al-quran yang terang dan tegas maksudnya), itulah pokok-pokok kitab dan yang lain mutasyabihat(ayat2 yg mengandungi bebrapa pengertian, sulit difahami dn hanya Allah yg mengetahui). Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, mereka mengikuti mutasyabihat untuk mencari-cari fitnah dan untuk mencari-cari talwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnyakecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya mendalam berkata, "kami beriman kepadanya(al-quran), semuanay dari sisi tuhan kami." Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal." (3:7)
jelaslah beliau sedang mengalami kecelaruan akidah dan fahaman songsangnya itu sedikit sebanyak akan mengugat keyakinan umat islam terhadap agama islam itu sendiri. walaupun kita juga kadang-kadang sering tertanya-tanya mengapa itu dan mengapa ini, tetapi keyakinan yang sebenarnya terhadap agama Allah membuatkan kita boleh menerima kerana agama Allah itu mengajak kita kepada fitrah seperti fitrah hidup bertuhan. banyak kajian-kajian yang dijalankan mengakui akan kebenaran dan hakikat kalam Allah itu. beliau seorang pengkritik islam radikal dan mengelarkan dirinya sebagai Muslim Refusenik
perdebatan dengan beliau dan intelektual islam perlu diadakan bagi menberi pecerahan dan penjelasan kepada beliau dan bag seorang intelektual yang menggunakan logik akal sudah pastinya dalil al-quran dan sunnah tidak cukup. ideologi seperti ini bukanlah baru. bertahun lamanya telah wujud golongan muktaziah yang menbawa konsep yang sama. tidak kurang juga, pada tahun 1988, dunia islam digemparkan dengan idelogi Salaman Rushdie, india, yang menghasilan buku The Sanatic Verses.
"sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka menperoleh ilmu, kerana kedengkian diantara mereka. Barangsiapa ingkar tehadap ayat-ayt Allah , maka sungguh ,Allah sangat cepat perhitungannya" (3:19)
"Wahai orang-orang beriman! masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. sungguh, ia musuh yang nyata bagimu" (2:208)
sumber