Wednesday, September 30, 2009

today..

hari ini saya baca surat khabar tempatan dan saya tertarik dengan satu artikel ni.lupalah tajuk dier...tapi kalu tak silap'harapan Amerika terhadap Kuala Lumpur'.Di sini saya sekadar menyatakan ketidak setujuan saya terhadap apa yang diperkatakan.Apa yang dia kata atau apa yang saya faham,penulis tersebut kata, kini negara Amerika mula memandang negara ini atas niat supaya negara ini dapat menasihati negara Iran supaya menghentikan program nuklear memandangkan negara Malaysia merupakan negara Islam.Penulis tersebut juga menyatakan persetujuaannya supaya menyokong penghentian program nuklear ini kerana ia boleh menguggat keamanan negara. Ha! itulah yg sy tak setuju.mengikut pemikiran sy yg x seberapa nie..progam nuklear nie dah tak bleh nak dielakkan dan lambat laun, peperangan akan berlaku juga.tambahan pula, Iran ialah sebuah negara Islam same macm kite..satu-satunya senjata dia bagi mengelakan penguasaan Amerika yang dibantu oleh Israel terhadap negaranya hanyalah bom nuklear.Kita sebagai negara Islam sepatutnya menyokong...cuba kita berada di tempat dia, adakah kita rela membiarkan negara dikuasai oleh mereka?sudah tentu tidak bukan?kalaulah satu-satunya senjata kita ialah senjata nuklear bagi menakutkan musuh, adakah kita akan memusnahkannya demi sebuah keamanan yang belum pasti sedangkan negara Amerika sendiri sebuah negara pengeksport senjata terbesar di dunia dan dah brape byk negara Islam yang diserang olehnya?Apa yang perlu kite lakukan sekarang ialah memperkasakan orang2 kita supaya dapat membangunkan negara ini supaya menjadi negara yang bukan setaraf tetapi lebih tinggi dari negara lain supaya kita tidak lagi dieksplotasi dan dimanipulasi oleh negara maju yang lain.Rasanya tak salah kalau negara ini turut cuba mengeluarkan senjata nuklear bagi mempertahankan negara ini pada masa akan datang. penyakit H1N1 yang semakin menular. tidak perlulah lagi menunggu vaksin dari luar, sebaliknya gunalah kepakaran saintis2 kite yang tidak kurang hebatnya bagi mengeluarkan vaksin yang benar2 berkesan. Mungkin kita perlu kembali kepada cara Islam kerana di situ tersimpan sejuta jawapan kepada seribu persoalanan.Amerika sekrg pon mkn dihimpit tekanan.siapa yang mule2 menjadikan ekonomi jatuh dan mule2 tersebarnya wabak H1N1?siapa lagi kalau bukan Amerika.Walaupon dia negara yang kuat tp ttp ada kelemahannya.Ingatlah wahai umat Islam..........SIAPA LAGI YANG DAPAT MEMBELA ISLAM SELAIN KITA, negara Islam?          maaflah atas segala kekasaran...ini sekadar satu pendapat.....

Sunday, September 27, 2009

school...

hari pertama sekolah lepas seminggu cuti raya.perhimpunan tak ada, cikgu ramai tak masuk.boleh dikatakan seharian tu asyik borak dengan kengkawan. baru lepas raya, banyak topik yang nak dibincangkan.jarang dapat masa terluang camni.semunya berjalan cam biasa...bosan pon ada..tak da pape nk diperkatakan....

Tuesday, September 22, 2009

ehmm..

hari ketiga raya-hari ini tak banyak keluar.ayah balik kuala lumpur malam ni.satu kejadian berlaku masa kitaorang sibuk bersiap untuk solat magrib. adik saya yang umur 5 tahun angkat adik saya yang umurnya tak sampai satu tahun.lepas pegang ,dia terus lepas macam tu je.bunyi hentakan tu bolehlah dikatakan kuat.sebelum tu, adik saya umur 2 tahun tindang adik saya yang kecil ni. punyalah susah nak hentikan tangisannya tu.akhirnya, dapat juga ditidurkan.cuma masa dia tidur mata dia tak tutup rapatlah, bola matanya bergerak-gerak.normal ke tu..?

Monday, September 21, 2009

hari raya...

hari ini, hari kedua umat islam menyambut hari raya. Keluargaku tidak pulang ke kampung.Beraya di halaman sendiri pun seronok juga cuma tidaklah rasa terlalu meriah, mungkin sebab tidak bermain bunga api kot. Yelah, hidup di kota.Hari pertama,pergi beraya di rumah sanak-saudara.setiap rumah wajib ada rendang,tak rendang, sate,tak pun laksa.Raya tahun ni,baju raya sehelai sahaja.kelakar pula rasanya.itu pun orang yang kasi.betapa malasnya nak bersesak di supermarket.Letih nak layan tetamu ni terutamanya yang kanak-kanak.Diaorang datang bukan nak apapun,cuma nak duit raya.kalau boleh langsung tak nak masuk rumah.
cuti raya seminggu aje. kerja sekolah tak siap-siap lagi terutamanya report bio,kimia dan fizik.entah bila nak siap. sibuk pergi beraya jelah...

my family

keluarga adalah orang yang paling rapat dengan kita selain rakan. Mempunyai keluarga yang bahagia menjadi impian setiap orang. Tidak kisahlah sejauh mana mereka sekarang, mereka tetap di hati kita. Keluarga, tempat luahan isi hati kerana mereka lebih mengetahui tentang diri kita. Keluargaku mempunyai 9 orang ahli termasuklah 7 orang darinya adalah adik-beradikku. Kata orang, lain orangnya, lain perangainya. Menjadi anak kedua agak sukar buatku. Walaupun bukan anak sulong, tugasku tidak kurang dengan kakakku. Keluargaku berasal dari dua buah negeri. Sudah menjadi kewajiban buat kami sekeluarga melancong keluar negeri. Kalau tidak untuk melancong, untuk balik kampung. Akhir kalam,hidup ini akan berseri dengan adanya keluarga yang bahagia. Seharusnya kita perlu meluangkan lebih masa bersama mereka agar pertalian yang sedia terjalin bertambah utuh.salam...