Thursday, December 24, 2009

ehmm...lama tak tulis blog...ha3..sibuk2..homework byk sgt....hari ni ada hari penganugerahan kecemerlangan kat dewan wisma darul iman...he3..wlaupun result ada b....msh jg dpt hadiah... slg bbrape mnit(time tu dh dpt hadiah)..cepat2 kuar dewan..ehmm..tak hormat majlis langsung aku nie..ha3..(konon bt alasan nk pi bilik air)..dh kuar tak masuk2...then, pi kedai buku..ha3..borong sume bku, dh bku2 baru2 blake...(camla bleh).. bku yg nak dicari tak jumpe..belilah bku2 yg tak de dlm senarai...ha3..bt habis duit...kn tadi bru dpt...esok kne bngun awl lg..ad klas tuisyen...cikgu ngajar tak msk agi topik form 5...ktenya kwn aku..bgs jugak gitu coz topic form 4 pon terumbg-ambg agi...ehmm...terangguk-angguklah aku nieh...

report tak siap agi...klas lain dah antar blom cuti agi...ehm..nasib2..lesen motor sah2 lah tak ambk...
motor pun tak reti bawak..(dh x de org nk ajr)..kakak sy lak dia tak nk ambk lesen motor..terus je nk ambk lesen kereta..ehmm..lantak kau lah...k.lah...smpai sini jew...w'salam...

Saturday, December 12, 2009

a REALly bAd Day

hari ni ada janji dgn kawan nak gi pustaka dalm kul 9.30pg...actually, kitaorag nak gi ke McDonald yang baru dibuka..he3...melihatkan kluarga saya yg tak berapa nak prepare...saya batalkan temujanji tu(pergi pustaka tapi just antar buku..then, balik..x gi McD)..
kmudian dpt lak sms dari kawan saya:"awak kena pergi jugak ke McD kalu tak saya takkan maafkan awak"...
urrgghhh...nak tak nak kenalah pergi...he3...datang2 jew diorang dah ada...saya pergi dgn mak and 3 orang adik...yang sorang tu ada temu janji nde kawan dier jugak tapi x jadi...lepas, antar buku lepak jap kat bilik komputer....
then,adik 1 saya cakap:"Aisyah hilang.."(aisyah  tu adik 4 saya)...dgn rasa paniknye saya ajaklah adik 1 saya gi cari sama...tapi dia x nak ikut....nasib baiklah..kawan saya dapat temankan...pergilah kat tingkat bawah..
mak saya cakap tadi Aisyah elok jew duk main nge adik 3 saya...tetiba jew lesap...mak sy nge adik ke3 saya gi cari kat kereta sbb kata mak saya dia mungkin gi kat kereta...so, kitaorg carilah kat dalam..
cari punya cari terserempaklah dgn sorang makcik tu...dia cakap:"cari adik ke?" saya mengiakan..
"adik awak ada nge bodyguard..tadi dia duk cari anak sape...awak tau x adik awk tu hmpir2 nak melintas jalan...diorang ada kat atas"lalu makcik tu tunjuklah orang tu..
saya nge kawan saya prgilah ambk adik saya...ps2, bodyguard tu cakap:"isshh,awak nie..awk tau tak adik awak tu hampir2 nak mlintas jln besar tu.."
saya bawak turun adik saya...alik2 kne thn di pegawai kat kaunter...hai...kne intiview lak nge pak cik nie...  pak cik tu tanya:"awak letak adik awk kt mne..?awk ada mne mse tu?bla..bla...bla...."saya pun jawablah...
last2...pak cik tu srh sy panggil mak saya..adik saya ckap mse tu rami sgt yang tgk....dahlah saya kne bebel di 3 org...hu3....kne ceramah...(dialog kt ats 2 mungkin beza skit) kawan sy hairan..cmne adik sy bleh kuar sedangkn kt situ ad bodyguard...
ok...dah ah2 tak nak citer pnjang2...malu...
lpas mak nge 2 org adik sy balik...sy nge kawan yang lainnya gi lah McD..then, GIANT seterusnya MYDIN..ha3..jalan2 jew...x beli mne pon...tak nak citer...pnjang sgt...ada skali 2 smpai terpisah...terkejar mse..terlepas dan mcm2 lagilah...............
so complicated...

Thursday, December 10, 2009

haRiKu...

dah lama tak tulis blog..pertama, coz malas sesangat..hu3..kedua, tak de citer  arr...
ehmm...nak citer skit pengalaman saya ke kelas tuisyen...ha3...kekok lak rase..yelah..dah lama tak ke kelas tuisyen..plg last pon masa darjah lima...first time, masuk kelas...memang takut sangat(duk tertoleh-toleh intai kawan se'geng')...kelas saya banyak budak2 yang mmg dh tuisyen situ dari awal thn agi..nasib baik arr budak lelaki duk belakang...kalu tak menjengguk-jengguk lah saya nie..he3

datang kelas dengan otak kosong(tulah..patutnya sebelum datang study arr lue skit2)...terus jer nadah apa cikgu cakap..bila bg latihan terpinga-pinga(tak tau pape)..he3..nasib baik bw buku rujukan(terdesak).....sy ingat lagi masa addmath..cikgu tanya tajuk apa plg susah(lebih krg cam tu arr)..kita orang sume pun jawab...differentation(susah arr sbb x bljar lagi)...pstu cikgu pun ajar lah step by step(laju juga diajarnya)..then, ada orang yang tak paham..cikgu hairanlah..knpe ada yang tak paham coz sepatutnya nie just ulangkaji jew memandangkan tajuk ni masuk dlm sukatan..mne2 cikgu atau plajar tak patut skip tajuk nie sbb subjek ni kira important gop arr...pastu cikgu tanya sesapa yang tak belajar lagi...saya dengan kawan saya angkat tgn...tapi cepat-cepat kitaorang jatuhkan balik bila cikgu tanya org yang angkat tangan tu datang dari skul mne..he3....tak nak arr..buat malu jew...nama sekolah gop yang naiknya...so,..nak cover punya citer...kitaorg pun buat2 paham jer lah...(lagi pun sy mmg dah bljar skit tajuk nie nge kengkawan yang lain)...tmbhan lak cikgu dah mle slow....bleh tangkap lar apa yg diajarnya

ada sekali tu plak..subjek chemistry...entahlah knapa..tapi time nilah kelas paling bising(ntah apalah bdk lelaki borak sangat)....cikgu sporting dgn diorang(dah lama kenal kot)...time balik tu..hu3..ambil kesempatan tengok kereta ALZA...terbaru punya...dah tuisyen dkt dengan kedai Produa....
kata kawan saya:"nanti saya nak beli kereta nilah..warna cam ni gak...cam dalam iklan punya.."
ehmm...ada bagusnya memasang impian...insyaallah...kalu berusaha..pasti tercapai...



kat rumah lak asyik tgk tv jer...mula2 dah psg azam..nak baca buku...asal tgk buku jew..terus jadi malas(sbb tak paham pape pon)...duk belek2 jelah sampai tertidur..hu3...bilalah nak berubah...alahai.....

Sunday, December 6, 2009

rahsia 7 hari

hari ahad

hari menciptakan dan memakmurkan kerana pada hari itulah Allah mula menciptakan dunia dan memakmurkan...
adapun 7 macam benda itu ialah:
-tempat jalan bintang-bintang yang bergerak
-neraka yang bertingkat
-bumi yang berlapis
-lautan yang besar
-anggota tubuh badan

hari isnin

hari pelayaran dan perniagaan kerana nabi Syaits a.s telah berlayar pada hari isnin untuk berniaga...
7 keutamaan atau kelebihan:
-nabi Idris a.s telah naik ke langit
-nabi Musa telah pergi ke Bukit Thursina-7 kali perjalanan
-turun ayat tentang keEsaan Allah
-hari Rasulullah dilahirkan
-jibrail pertama kalinya turun menemui Rasulullah
-semua amal2 ditunjukkan kpd Rasulullah
-hari Rasulullah wafat

hari selasa

hari berdarah kerana pada hari itulah Siti Hawa haid dan putera Nabi Adam membunuh saudaranya sendiri..
peristiwa 7 jiwa dibunuh:
-Jurjais as
-Yahya as
-Zakaria as
-tukang sihir Firaun
-Asiah-isteri Firaun
-Sahib sapi bani Israel
-Habil-putera Adam as

hari rabu

hari banyak terjadi nahas kerana pada hari itu Allah telah menenggelamkan Firaun dan pengikutnya, memusnahkan kaum Aad dan Thamud dan kaum Saleh..
7 macam azab:
-Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung Hudhud
-Qarun dimusnahkan dan dibenamkan ke dalam tanah
-Firaun dan pengikutnya(kaumnya) ditenggelamkan dalam sungai Nil
-Namruz dibinasakan dengan nyamuk
-kehancuran kaum Saleh
-Syadid bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail as
-Kaum Hud dibinasakan dengan angin taufan

hari khamis

hari tercapainya hajat kerana nabi Ibrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari itu, maka dia telah mendapat hajatnya dan nabi Ibrahim diberi Siti Hajar...
7 nabi atau wali memperoleh sesuatu:
-nabi Ibrahim as menemui raja mesir, maka beliau mendapat Siti Hajar
-tukang memberi minum raja mesir keluar dari penjara dan mendapat kebebasan
-saudara-saudara Yusuf menemuinya dan mereka mendapat kenikmatan
-Bunyamin masuk ke mesir dan menemui abangnya Yusuf
-Ya'kub as masuk ke negeri mesir dan beliau mendapat keamanan
-Musa as masuk ke mesir dan menemui Qibti
-Nbi Muhammad saw masuk ke kota Mekah dan beliau mendapat kemenangan

hari jumaat

hari silaturrahim dan pernikahan kerana para anbiya' pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut..
7 pernikahan:
-pernikahan nabi Adam dan Siti Hawa
-pernikahan nabi Yusuf as dengan Zulaikha
-pernikahan nabi Musa dengan Shafrawa
-pernikahan nabi Sulaiman as dengan Balqis
-pernikahan nabi Muhammad dengan Siti Khadijah
-pernikahan nani Muhammad dengan Siti Aisyah
-pernikahan Sayyidina Ali dengan Fatimah

hari sabtu

hari tipu daya kerana bangsa Quraisy telah melakukan tipu daya di Darunnadah..
7 tipu daya:
-kaum Nuh melakukan tipu daya terhadap nabi Nuh
-kaum Saleh melakukan tipu daya terhadap nabi Saleh
-saudara-saudara Yusuf telah melakukan tipu daya terhadap nabi Yusuf
-kaum Musa melakukan tipu daya terhadap nabi Musa
-kaum Isa melakukan tipu daya terhadap nabi Isa
-kaum Quraisy melakukan tipu daya terhadap nabi Muhammad
-kamu bani Israael melakukan tipu daya terhadap larangan Allah swt

ALI bin Abi Thalib bermadah:
"sebaik-baik ialah hari Sabtu untuk berburu
tanpa keraguan jika anda menginginkannya.
dan pada hari Ahad untuk membangun
kerana pada hri itu Allah mula menciptakn langit.

dan pada hari Isnin bila anda ingin berlayar
anda akan selamat dari musibah dan bala.
bila anda berbekam lakukanlah pada hari selasa
pada saat darah itu ditumpahakn.

bila seseorang akan meminum ubat
sebaik-baik hari untuk itu adalah hari Rabu.
dan hari Khamis untuk menunaikan hajat
kerana Allah memerintahkan menuai

dan di hari Jumaat untuk perkahwinan
melapangkan urusan keadaan wanita
ilmu itu tidaklah dihimpunkan kecuali oleh Nabi
                                                               atau pewaris Nabi"

p/s-isi dipetik dari buku rahsia 7 karya
     Muhammad Isa Selamat

Saturday, December 5, 2009

kisah syeikh abdul kadir...

cerita yang disampaikan sendiri oleh syeikh abdul kadir

suatu ketika , aku ternampak satu cahaya terang benderang memenuhi seluruh langit. kemudisn satu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata:
"wahai Abdul Kadir, akulah Allah,tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu."
aku terus menjawab:"berambuslah wahai syaitan!"
sebaik sahaja mengucapkan kata-kata itu, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia
tadi berdesir menjadi angin. Aku mendengar lagi suara berseru:
"Wahai Abdul Kadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh orang ahli sufi dengan cara ini. tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu."
rupanya syaitan masih cuba menipu aku.lalu, aku pun menjawab:
"Tidak. ini adalah rahmat Allah taala"
................................................................
Syeikh Abdul Kadir ditanya oleh seseorang tatkala beliau menceritakan kisah luar biasa itu kepada
murid-muridnya:
"Bagaimana tuan tahu itu adalah syaitan?"
jawab Syeikh Abdul Kadir:
"apabila dia berkata dia telah menghalalkan perkara yang haram bagiku."


Friday, December 4, 2009

HiDuP untuk MeMbeRi....

Ramai orang ingin menerima berbanding memberi...alasannya..

-memberi akan mengurangkan
saidina Ali r.a berkata,"rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakandan apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah"
sedangkan galakn memberi akan mendorong kita untuk berusaha mencari

-orang menerima tidak berterima kasih
ingatlah...
Tuhan tetap memberi walaupun kita sering lupa untuk bersyukur...

-tidak ada apa yang hendak diberi
jangan sempitkan apa yang ada
sedekah boleh disalurkan melaui:
-senyuman
-doa
-tenaga
-ilmu
-kata-kata yang baik

-bimbang dieksploitasi
jangan buruk sangka kerana kebanyakkan darinya adalah dosa

-tidak mendapat balasan
mahukan nikmat dunia yang tidak seberapa ini atau nikmat akhirat yang selamanya...?
Allah berfirman yang bermaksud:
"maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah,nescahaya akan dilihatnya.Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah,nescahaya akan dilihatnya" (surah al-Zalzalah 99:7-8)

hidup ini seperti give and take
what u give ,u get back
and what goes around comes around

cuba fikirkan...
seorang ibu memberi hadiah buat anaknya
anaknya menerima hadiah dgn senang hati..terpancar rasa bahagia di hatinya..
ibu itu tersenyum...

jadi mana satukah yang lebih bahagia...?
si ibu atau si anak.?

sudah tentu si ibu...
hati orang yang memberi lebih bahagia dari yang menerima
bukankah begitu.?

maaf juga tergolong dalam memberi..

MAAFKANLAH.....MAKA HATIMU AKAN TENANG

saya teringat kata seorang ahli psikologi
"cara termudah untuk muhasah sebelum tidur...adalah dengan memaafkan segala kesalahan orang pada kita"

apabila kita memaafkan..maka hati kita tenang..tidak dibelenggu oleh bayang2 orang yang tidak dimaafi...
tidak dinafikan memaafkan kesalahan orang bknlah sesuatu yang mudah..
andai kita di saat marah..
maka reda kanlah dengan sejuknya air(wuduk)
kerna tika itu diri dan minda kita mula dikuasai oleh syaitan laknatullah..........

Allah berfirman yang bermaksud:
"dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat,jadi,
tolaklah(kejahatan yang ditujukan kepada kamu)dengan cara yang lebih,
apabila engkau melakukan demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan
terhadapmu dengan serta merta mereka akan menjadi seolah-olah seorang
sahabat karib"
(surah Fussilat 41:34)

p/s-ada bbrapa isi dipetik dari majalah solusi...





sYuKuR paDA iLLahi.....

2 nikmat yang selalu dilupakan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang...malah, dalam petikan nasyid juga ada menyebutkan ingat 5 perkara sebelum tiba lima perkara...

syukur adalah salah satu bentuk kita berterima kasih di atas pemberian kurnian tuhan...bak kata orang bersyukur pada apa yang ada...jangan melihat apa yang kita tiada....

bila kamu merasa tinggi dan takbur menguasai diri...maka pandanglah pada tanah.....tempat asal kejadian kamu....bila rasa tiada siapa di sisi...maka pandanglah ke atas dan lihatlah langit...maka kamu akan merasa kehadiran tuhan di sisi kamu...

kita kebanyakkannya lupa untuk bersyukur...sebab itulah pada bacaan doa bangun tidur ada bacaan alhamdulillah....

alhamdulillah untuk segala rezeki yang dikurniakanNYA......masih memberi kita ruang dan peluang untuk bernafas dan beribadah padaNYA hari.....masih dapat kita menggunakan anggota pinjamanNYA....masih dapat menadah tangan untuk berdoa...berharap dan mengharap.....

 bagaimana mungkin kita boleh lupa..........??!!!


ingatlah dunia ini sekadar pinjaman...
akhirat jualah yang selamanya.......

gambar di ambil ketika jamuan akhir tahun 4a4

ALLAH berfirman yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu(dan memberi kuasa) di bumi,
dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan
(supaya kamu bersyukur),tetapi amatlah sedikit di antara kamu yang bersyukur."
(surah al-'Araf 7:10)