Sunday, September 11, 2011

me and sadness

alhamdulillah..tuhan masih memberiku upaya dan ruang untuk menulis disini setelah empat bulan menyepi... cuti antara semester ini akan ku cuba manfaatkan sebaik mungkin. insyallah..
  
pohon itu ku lihat sepi
kadang-kadang angin datang menyapa
namun dia tetap berdiri disitu
terus berbunga dan membuah

pohon itu tidak kemana
dia masih di situ
terus berbakti memberi
walau hujan walau kemarau
pohon itu tetap kan berdiri

andai aku pohon itu..

aku gelisah dan resah. masalah demi masalah benar-benarku rasakan menghimpit. aku kecewa dan sedih. kecewa dengan masa laluku. terasa banyak peluang yang aku tinggalkan sepi. aku tidak mampu lagi berharap.. moga-moga aku tidak terus kecewa. 

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Al-Hujuraat 49:15)
entah mengapa hati ini sedih.. menanggis hiba.. ya, Allah aku benar-benar kecewa. impianku kini terasa amat jauh. mampukah aku..??
andai tangisan ini mampu megingatku pada pencipta, moga aku tidak lagi kecewa dengan tangisan..
aku bukan siapa-siapa yang mampu memberi nasihat yang bermakna kepada rakan-rakan
tapi aku sentiasa berharap kamu suatu hari nanti akan menjadi lebih baik
aku masih lagi mencari diri.. ilmuku belum sempurna
semoga tuhan menjaga iman-iman kita semua..
kerna ini perjuangan kita~

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat 41:33)

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237


moga aku tidak terus bermimpi..

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf 12:108)

"Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu. (HR. Ath-Thabrani)

Tuesday, July 5, 2011

10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel~

Artikel di bawah adalah kutipan langsung dari laman sesawang Haluan Palestin




Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.



Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:



1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.



2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.



Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.



Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.



3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.


4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.


5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.


Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?



6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.



Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.



7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.



8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.



Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.



10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

hasil tulisan nabila. copy paste dari
http://www.tkodaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=154

Wednesday, May 4, 2011

Berkata luqman hakim;
Jauhkan olehmu akan lima perkara yang boleh membinasakan manusia:
1.      -Menipu taulannya
2.      -Tidak mengikut kata segala ulama’
3.      -Menghinakan dirinya kerana tamak
4.      -Membesarkan dirinya daripada segala orang yang besar daripadanya
5.      -Mengikut hawa nafsunya

Kata syafie r.a;
“bahawasanya  yang terlebih menganiayai dirinya itu bagi barangsiapa yang merendahkan dirinya akan seseorang yang tiada memuliakan dia dan dipujinya akan barangsiapa yang tiada kenalnya dan dikasihkan akan sahabat yang tiada memberi manfaat akan dia”
Sabda nabi s.a.w;
Ertinya: barangsiapa diam ia, nescaya lepas ia daripada kejahatan lidah.
Wasiat luqman a.s pada anaknya
1.      -Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan,tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa
2.     - Anakku, janganlah engkau cinta akan dunia kerana engkau tidak diciptakan untuk dunia dan Allah tidak mencipta suatu pun yang lebih hina daripada dunia.
3.     - Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikanlah kesusahah yang menimpamu.
4.     - Anakku, cukuplah dengan yang sedikit dan reda lah dengan apa yang kamu dapat.
5.     - Anakku, bersahabatlah dengan orang-orang yang bijaksana dan redalah dengan apa yang mereka kata, nescaya kamu jadi bijaksana
6.      -Anakku, bercakaplah dengan kata-kata yang baik dan duduklah dengan ahli-ahli zikir
7.      -Anakku, laksanakanlah hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu.
8.      -Anakku, banyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sesekali kecewa kerana diam
9.      -Anakku, sepandai-pandai manusia adalah yang paling takut pada Allah
10. - Anakku, fahamilah erti hikmah dan jadikanlah akhlakmu berhikmah
11.-Anakku, elakkanlah daripada menolak permintaan orang lain dan terimalah keuzuran yang diminta oleh orang lain.
1.      -Selalulah bertemu ulama’ dengan kedua kakimu dan janganlah engkau berbahas dengan mereka nescaya mereka membencimu

Petikan dari, ‘anakku hebat anakku soleh’ tulisan ustz zahazan Mohamed dan ‘kitab muhimmah dan al-mawa’izd al badi’ah’ tulisan syeikh Abdullah dan syeikh abdul ra’uf


Monday, March 28, 2011

what's up spm ku..


Assalam…

Lama dah tak up-date blog..huhu..  firstly, saya nak ucap tahniah kat kawan2 yang dapat keputusan cemerlang dalam spm baru-baru ini . pada yang dapat keputusan yang tak memuaskan, jangan sedih2 kerana perjalanan kita masih jauh.. cubalah bangkit dari kegagalan.  Keputusan saya cam na lak ea..? haha.. nak kata baik, tak la baik sangat.. nak buruk, pun tak buruk sgt.. average je kot.. 

Ingin saya kongsi satu firman Allah yang bermaksud:

“diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-baqarah(2:216)

Sesungguhnya , segala musibah yang terjadi , ada hikmah di sebaliknya. Saya nasihatkan diri saya dan kawan2 saya apapun ujian yang datang, hadapilah dengan senyuman..

Bukankah ujian itu tanda Allah sayangkan kita?

Firman Allah, yang bermaksud:
“Adakah patut bahawa kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian) seperti yang berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?mereka ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan, sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya:bilakah pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat” surah al-baqarah(2:214)

Pada kawan-kawan, NEVE R GIVE UP.. spm hanyalah tiket untuk masuk universiti bukan untuk mohon kerja..
Nak buat pilihan, pastikan diberi keutamaan pada MINAT dan RESULT.. 

“GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG”

Firman Allah bermaksud:
“Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi” surah al-a’raf(7:178)

“kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apa pun yang menimpamu, itu dari dirimu sendiri. Kami mengutuskan (Muhammad) menjadi rasul kepada manusia. Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi.” Surah an-nisa’(4:79)

Wassalam..

Tuesday, February 8, 2011

kadar untung

Keharusan mengambil untung lebih dari 100 % asalkan ia :-
1) Dari hadis berikut :-
أن النبي -صلي الله عليه وسلم- أعطاه دينارًا يشتري له به شاة، فاشتري له به شاتين، فباع إحداهما بدينار، فجاء بدينار وشاة فدعا له بالبركة في بيعه، وكان لو اشتري التراب لربح فيه
Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )
Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.
2) Sebuah lagi dalil adalah :-
Apa yang dilakukan oleh sahabat bernama Zubayr Al-‘Awwam r.a di mana beliau telah membeli sekeping tanah hutang dengan harga 170,000 dan kemudian beliau menjualnya kepada Abdullah Bin Zubayr dengan harga 1,600,000. Ini bermakna beliau telah menjualnya dengan Sembilan kali ganda harga asalnya.
Walaupun hadis ini mawquf, namun tanah ini telah dijual kepada sahabat lain seperti Mu'awiyah, Abdullah bin Jaffar dan lain-lain sahabat masih hidup tatkala itu, transaksi ini dibuat di zaman Sayyidina Ali k.w. Para ulama menyatakan, persetujuan para sahabat di zaman itu menjadikannya sebagai ijma' sahabat, yang boleh menjadi satu dalil kukuh akan keharusannya.(sumber:ustz zaharuddin)

terbuka..tolak ansur...ukhwah

 Para imam mazhab tidak seorang pun menyatakan bahawa pendapat merekalah yang benar. bahkan, dengan sangat  tawaduk, mereka sentiasa menutup fatwa dengan ungkapan bermaksud,'Allah lebih tahu apa yang benar'
 
       ketika khalifah Abu Ja'far Al-Mansur hendak mendeklamasikan agar kaum muslimin hanya berpegang pada fatwa Imam Malik, sebaliknya Imam Malik berkata, "janganlah Tuan melakukannya. sebab sesungguhnya umat telah banyak memperoleh fatwa, mendengar hadis, meriwayatkan hadis, dan mereka menjadikannya sebagai panduan beramal. mengubah mereka dari kebiasaan itu tentu sukar. jadi, biarkanlah umat mengerjakan apa yang mereka fahami."

Allah befirman dalam surah saba' ayat 26 yang bermaksud, "katakanlah lagi:'tuhan kita akan menghimpunkan kita semua, kemudian ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan dialah jua hakim yang seadil-adilnya,lagi Yang Maha mengetahui segala-galanya."
(sumber majalah hakiki)

Wednesday, January 12, 2011

senarai ahli-ahli jemaah menteri dan timbalan menteri

PERDANA MENTERI
Y.A.B Dato' Seri Hj. Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Y.A.B.Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI
Y.B. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Y.B. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Y.B. Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop
Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom
Y.B. Senator Dato' Idris Jala

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri:
Y.A.B. Dato' Sri Hj. Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Y.B. Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
Y.B. Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Y.B. Senator Dato' Donald Lim Siang Chai

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri:
Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Yassin
Timbalan:
Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Y.B. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri:
Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan:
Y.B. Dato' Hamzah bin Zainudin
Y.B. Senator Dato' Palanivel a/l K.Govindasamy

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri:
Y.B. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan:
Y.B. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Y.B. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Menteri:
Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
Timbalan:
Y.B. Dato' Joseph Salang Anak Gandum
Y.B. Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri:
Y.B. Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Y.B. Puan Noriah binti Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri:
Y.B. Dato' Seri Hj. Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Timbalan:
Y.B. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Y.B. Dato' Haji Hassan bin Malek

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri:
Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Timbalan:
Y.B. Dr. Hou Kok Chung
Y.B. Dato' Saifuddin bin Abdullah

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri:
Y.B. Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Timbalan:
Y.B. Tuan Haji Fadillah bin Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri:
Y.B. Dato Sri Douglas Unggah Embas
Timbalan:
Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri:
Y.B. Dato' Sri Ng Yen Yen
Timbalan:
Y.B. Dato' Dr. James Dawos Mamit

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri:
Y.B. Datuk Seri Haji Noh bin Omar
Timbalan:
Y.B. Dato' Mohd. Johari bin Baharum
Y.B. Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
YB. Tuan Chua Tee Yong

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri:
Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Timbalan:
Y.B. Datuk Dr. Haji Abd. Latif bin Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri:
Y.B. Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Timbalan:
Y.B. Dato' Yong Khoo Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri:
Y.B. Dato' Sri Liow Tiong Lai
Timbalan:
Y.B. Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri:
Y.B. Dato' Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
Y.B. Dato' Razali bin Ibrahim
Y.B. Senator Tuan Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri:
Y.B. Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan:
Y.B. Senator Dato' Maznah binti Mazlan

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Menteri:
Y.B. Dato' Sri Ismail bin Yaakob
Timbalan:
Y.B. Dato' Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri:
Y.B. Dato' Seri Kong Cho Ha
Timbalan:
Y.B. Tuan Jelaing Anak Mersat
Y.B. Datuk Abdul Rahim bin Bakri

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri:
Y.B. Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan:
Y.B. Senator Puan Heng Seai Kie Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri:
Y.B. Dato' Sri Anifah bin Hj. Aman

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri:
Y.B. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan:
Y.B. Dato' Jacob Dungau Sagan
Y.B. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Sunday, January 9, 2011

angin bertiup sepoi-sepoi bahasa


sehingga aku basah kuyup...???




lantas aku mengambil motorku..memecut laju..

tiba-tiba, sebiji bola meluru laju ke arahku...

aku terjatuh pengsan...huhu

kebosananku menyebabkan aku ketawa sorang2..hahahah


hidup pada memberi...

diceritakan: Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al-Balkha di Mekah. Ibrahim bertanya, "Bagaimana mulanya kamu menjadi demikian?" Syaqiq menjawab, "Aku melalui sebuah padang pasir. Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya di situ. Maka aku berkata: Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki. Lalu aku memerhatikannya. Tiba-tiba ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya, menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu. maka aku berkata: sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberiku rezeki di manapun aku berada. Maka aku tinggalkan bekerja dan aku menyibukkan diriku dengan ibadah."

Ibrahim berkata, "Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sihat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu, sehingga lebih mulia daripadanya? tidakkah engkau mendengar Rasulullah saw bersabda: 'tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah'? Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin selalu mencari yang lebih tinggi di antara dua darjat dalam segala urusannya. Sehingga engkau mencapai makam orang-orang abrar."

Kemudian Syaqiq memegang tangan Ibrahim dan menciumya seraya berkata, "Adalah engkau guruku wahai Abu Ishaq."

(imam al-ghazali, penenang jiwa)