Assalam…
Lama dah tak up-date blog..huhu.. firstly, saya nak ucap tahniah kat kawan2 yang dapat keputusan cemerlang dalam spm baru-baru ini . pada yang dapat keputusan yang tak memuaskan, jangan sedih2 kerana perjalanan kita masih jauh.. cubalah bangkit dari kegagalan. Keputusan saya cam na lak ea..? haha.. nak kata baik, tak la baik sangat.. nak buruk, pun tak buruk sgt.. average je kot..
Ingin saya kongsi satu firman Allah yang bermaksud:
“diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-baqarah(2:216)
Sesungguhnya , segala musibah yang terjadi , ada hikmah di sebaliknya. Saya nasihatkan diri saya dan kawan2 saya apapun ujian yang datang, hadapilah dengan senyuman..
Bukankah ujian itu tanda Allah sayangkan kita?
Firman Allah, yang bermaksud:
“Adakah patut bahawa kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian) seperti yang berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?mereka ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan, sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya:bilakah pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat” surah al-baqarah(2:214)
Pada kawan-kawan, NEVE R GIVE UP.. spm hanyalah tiket untuk masuk universiti bukan untuk mohon kerja..
Nak buat pilihan, pastikan diberi keutamaan pada MINAT dan RESULT..
“GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG”
Firman Allah bermaksud:
“Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi” surah al-a’raf(7:178)
“kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apa pun yang menimpamu, itu dari dirimu sendiri. Kami mengutuskan (Muhammad) menjadi rasul kepada manusia. Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi.” Surah an-nisa’(4:79)
Wassalam..

No comments:
Post a Comment