Sunday, January 25, 2015

cerita #1 : Rindu



malam tu hening. Peserta yg lain telah lama diulit mimpi. Aku masih di situ, meneliti nota-nota di atas meja. Dia menghampiri dan terus duduk dikerusi sebelahku. Aku memandangnya. Jelas, dia mengajak aku berbicara. Kami mulakan dengan perbualan biasa kerana masing2 belum mengenali satu sama lain. Sesekali dia diam.


“apa yg membebankan fikiran akak?” . spontan aku bertanya. Melihat dia terkadang hilang dalam lamunan.


“tak ada apa”. dia menukar bicara. Lama. Dia membiarkan aku meneruskan kerjaku dan dia terus berbaring . berpaling. Dan esakan tangis kedengaran. Aku jadi kelu. Diam.


Dia bangun lantas memandangku dan aku sekadar tersenyum.
“dah ok?” aku cuba menduga. Dia diam.


“apa awak akan buat bila awak terlalu rindukan seseorang? Dia seorang sahabat.” Soalnya perlahan.


“Dia masih ada?”


“ya, dan akak tak boleh terlalu kerap jumpa. Nanti rindu makin kuat. Apa pendapat awak?”


Parah. Aku menimbang-nimbang jawapan yg hendak diberi. agak susah untuk menjana idea di tengah malam begini.


“hmm… akak mungkin masih hidup dengan masa lalu.Akak masih rindukan kebersamaan akak dengan kawan-kawan akak.” Aku menutur perlahan.


“mungkin juga.”
“sibukkan diri.” Aku menjawab ringkas


“hmm.. itulah masalahnya. Setiap kali jiwa akak rasa kosong,akak mula rindukan mereka. Kalau boleh nak sangat peristiwa tu berulang . sekarang, masing-masing jauh.mungkin akak dah lama tak ada usrah, jadi, jiwa akak terasa kosong ” Dia menyambung bicara. Merenung kosong pada meja di hadapan.


“akak perlu bergerak ke depan. Kawan akak mungkin dah ke depan, tak kan akak masih nak terperangkap dalam memori semalam. ”


dia merenung jauh lagi, memandang aku dengan pandangan kosong.
kami menukar topik perbualan.

dan malam itu aku tidak dapat tidur.


p/s: sebenarnya masih panjang perbualannya, tapi aku lupa. hha


Aneh bukan,

Kalau kita bersahabat kerana Allah, kenapa rindunya melebihi rasa kasih kepada pemiliknya.
Mungkinkah kita terlalu meletakkan mereka di hati kita.?

Tuesday, July 22, 2014

cerita yang kau tinggalkan...

Memang kita  saling tak kenal
tapi takdir menemukan kita
pada sayang yang tak terungkap
pada kasih yang tak terucap
biarpun mungkin ada  hati yang terluka
biarpun mungkin ada jiwa yang  kecewa
kerana sayang itu akan sentiasa ada
untuk memori ini selamanya.

20 Mei 2014 tamatlah tugasku sebagai salah seorang ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 11 bagi sesi 2013/2014. Tidak tahu aku mahu bergembira dengannya ataupun tidak. Aku rindu menjadi sebahagian daripadanya yang sehingga sekarang aku masih cuba membiasakan diri kepada kehidupan sebagai seorang pelajar biasa. Mungkin keenganan aku untuk menyambung kembali tugasku menjadi persoalanan. Tapi biarlah. Matikan sahaja ceritanya di situ.

Cerita yang bermula daripada sebuah kem transformasi yang mengujakan. Kami 14 orang dengan tiba-tiba diumumkan sebagai barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa yang baharu. Terkejut saat itu, kerana aku memikirkan banyak perkara apatah lagi memegang Sekretariat ICT dan Penerbitan bukan sesuatu yang ringan. Ya, aku suka mempelajari mengenai ICT. It is my passion. But, it really doesn’t mean that I know everything about that secretariat or everything about ICT either. Menjawat jawatan yang agak tinggi sungguh suatu pengalaman yang baharu buat diriku memandangkan aku bukanlah juga seorang pelajar aktif di sekolah dan itu menambah kegusaran buat diriku.

KPO menyusul selepas itu. Dari situ, tambahan 6 orang dilantik menjadikan kami 20 orang. Walaupun bilangan ini sebenarnya tetaplah yang  paling sedikit jika dibandingan dengan baris Mtm kolej-kolej lain. Emosi aku pada awalnya agal terganggu. Aku yang tidak dapat bergembira dengannya. Aku yang tidak dapat bersedia dengannya. Aku yang jadi tidak keruan. Aku yang serba-serbi tidak tentu arah. Moody is not the thing that I am really in it.  But, I am the one who can become the most infected person because of the others. Because of their feel.  Because I feel them much. Crazy enough!

I become an observer for a year. A passive one. Try to understand them. Try to get out from any crisis. It was tiring mentally and physically. Maybe it is my fault to be silence. Don’t know how I can say a word.

and you know what is the worst thing ever?
you are being compared!

RADIAH MAT NASIR

Menjadi presiden kolej pada tanggal yang sama. Dia satu-satunya yang aku kenal dan agak rapat berbanding yang lainnya. Dia yang ku kenal kerana menjadi roommate kepada coursemate ku. Satu negeri. Dan aku kira bertuah kerana dapat kenal dia lebih mendalam ketika sama-sama menjadi Mtm. Dia mungkin menjadi watak utama dalam kebanyakkan siri drama yang berlaku sepanjang sesi itu. Mungkin apa yang kau lalui dan  apa yang kau sembunyikan dari kami berbeza dari tanggapan kami pada kamu secara luaran tapi paling kurang aku masih punya rasa percaya pada kamu.

Sungguh kau harus tahu, kau telah laksanakan dengan baik. Dan aku harap mereka juga tahu.

Setiap yang kurang itu, kau sendiri tahu kelemahannya. Terlalu banyak yang kita pelajari. Bukankah?

MAZWEEN MAZLAN

There is another story on how our relationship starts. You are the one who I can say, my best friend for a year I’m becoming MTM. How we became closed is another special story! Thanks for everything.

Awina as we called her. You are a creative person (kau sendiri pun tahu kan?hha). kau boleh buat ramai kawan. Kau boleh jadi pemimpin yang baik. Dalam situasi begitu, kau tak ada masalah untuk seimbangkan antara belajar dengan aktiviti kokurikulum. Walaupun kau cepat stress (yang mungkin boleh affect kesihatan kau), but in the end, kau selalu berjaya lakukan dengan baik.


ADIBAH

She is  such a beautiful and cute lady. Tapi yang aku paling kagum, semangat kau. Kau ada idea. kau ada pendapat kau. You have courage to say ‘No’ when you think so. you have courage to argue. You know how to start a conversation with others.

Aku tahu Mtm adalah passion kau. Walaupun kau selalu takut dengan pelajaran kau. Kau tahu gunanya kawan? Dia adalah yang akan sentiasa menutup setiap kelemahan kau :)

And now, you as a new president, I wish you a good luck!

NURUL IZATI

It is a weird relationship, yet I love it. I don’t know how it begun. She helped me a lot. She is the one who I can trust. She opened towards me, so do I (terutamanya sem 1)

Aku rindu untuk setiap kenangan kita dulu-dulu. 

MUNIRAH LUBIS

Mun, aku kenal dia sebab dia budak teknikal juga. Dan dia antara orang yang banyak tolong aku pasal teknikal. Aku rasa tekanan dia pada mulanya. Tekanan untuk berada di situ. I feel sorry for her. For everything.

I just want to say, I love you Mun!

IZZATUL BAHARI

She the one who I got confused with her senior. Haha. She is an introvert person just like me. we share same interest.
 Ija antara orang yang aku boleh berkongsi cerita. Sometimes, telling your story with the one who knows nothing about rumors can give you a good secure.
ija, please don't be blurred anymore. hee

NUR FATIN LYANA

Yeah, I can't argue more about how attractive she is. Dia boleh ada ramai pengikut. She have a creative mind, courageous and enthusiasm.
Very playful girl, busy most of the time, yet she try to make herself available. at least i know, she try.aha!

FADH PELANGI

Pelangi is not a part of her name but she, herself is a rainbow to us. Fadh, the cool one. susah nak tengok ekspreasi dia masa stress. seorang yang boleh bertenang tapi awak akan tahu dia stress melalui diam yang panjang. Aku suka bergurau dengan kau sebab kau memang boleh menceriakan keadaan dan sporting( sebab kau antara orang yang boleh layan aku.hha) tapi kau banyak simpan sorang2. kan?

NOORYANI

Well said.i have no doubt with your talent in cultural related. you are a part of it. it a nice to know you.
 Noni, aku minta maaf untuk segala perkara yang telah terjadi sepanjang satu sesi. aku harap lepas ni kau lebih terbuka untuk bercerita dengan orang lain yang kau percaya. rasa itu jangan dipendam sorang-sorang.

beri kami peluang untuk lebih kenal kau.

HANA ZAIMI

Asal muka kau matured sangat eh? hha. Tahniah! kau antara orang yang pegang paling banyak jawatan sebagai pengarah. terima kasih sebab sudi jadi teman bergurau aku dalam FB. hhe
kau jenis senyap tapi kerja kau tetap jalan. that's the best thing about you!. terima kasih sudi jadi kawan kita :)

PUTRI

kita pernah jadi roomate. pernah asasi di kelas yang sama. but either me or you, we know that we can't be in with each other. we just can't..
entahlah.. kau lebih aku kenal masa jadi MTM. thanks for your help walaupun awkward gila kan.

JOYCELLYNA

Joyce, a matured one. Walaupun satu-satunya student non malay dalam board, tapi kau cepat mesra dengan kami. suka kongsi cerita. kau seorang yang kaya dengan senyuman dan kau juga antara orang yang banyak tolong aku. terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dari kami.

SYAFIQAH SAMSURI

k.pika, satu-satunya ex-Mtm dalam board. Akak antara orang yang terpaksa tolong kami dalam banyak perkara. Thanks kak Pika. Thanks for everything!
Maaf andai mungkin kami menyusahkan.

------------------------------------

And to others who I do not mention your name, whatever it is, you are the best as you always are.
Aku akan ingat korang. Sebab korang, cerita ini ada!

and i love all of you damn much!

For such a big event we faced together
Minggu Titian Mesra, Karnival Srikandi, Malam Seri Gemilang, Eleventh College Award
Thanks for everything!

I’m sure we all have learn something new

------------------------------

dan kau  tahu apa yang masalah dalam board kita?


KOMUNIKASI ;)

Dan rasa percaya antara satu sama lain


Friends,
Please note that it is not good to shared everything in your social media.

Sunday, June 30, 2013

Sebab aku sayang kau!

Malam ini bulan terang. Amira duduk terdiam menghadap laptop. Dia kelu. Fikirannya kian serabut. Terasa beban yang semakin menghimpit dirinya. ‘Dia kawan aku!’ jerit hatinya. Dipandangnya Sarah yang sedang tidur. ‘Ah, bagaimana aku mahu menyuarakan. Ya Allah, kuatkan aku!’
***
“hurm.. cantik tak?” soal Farah. Amira senyum. Tidak menafikan, tidak juga mengiakan. Memang cantik tudungnya tapi sayang kainnya agak jarang. Dia sebolehnya mahu menyatakan pendapatnya tapi rasa takut terlalu menebal dalam diri.

‘Aku bukan baik sangat nak tegur orang pun, tapi kalau tak tegur..ahh’

‘tapi kan kalau kau tak tegur, kau pun akan dapat saham juga..hurm’

‘tapi, aku tak kuat lagi la..selemah-lemah iman kan adalah membenci dalam hati’

‘memangla, tapi, takkan kau nak ambil yang selemah-lemah iman. Kau pun belum cuba dari langkah pertama iaitu dengan tangan (kuasa) dan lidah(nasihat)’

Hati Amira berbisik lagi

‘takkan kau tak nak tarik dia masuk syurga. Syurga bukan milik kau sorang!’

Matanya mula bergenang. Dia mengatur langkah keluar dari bilik.

“jom, pergi kelas. Dah nak pukul 8 ni.”

“ok, jap ea.. lagi sikit nak siap!”

‘Sarah, maafkan aku!’
***
“Sarah, kau ‘couple’ ke dengan Faris tu?”

“eh, mana kau tahu? A’ah. Baru je. Apa kau rasa tentang dia?”

“Err.. ok, dia baik ”.

“Tu je?”

“kau nak jawapan yang macam mana?”

“Hurmm.. ok” Sarah mengalih pandangannya ke skrin laptop.

‘Ah!’ rasa serba salah terus menghimpit Amira.

‘couple memang haram kan? Dalam quran ada cakap, janganlah kamu mendekati zina..tapi..’

Amira teringat akan kata-kata kakak naqibahnya,
“mungkin sahaja nanti datang suatu saat di mana Allah uji kita terhadap perkara yang kita pertahankan”
***
‘aku tahu aku bukan baik sangat. Aku memang teringin nak pakai macam kau. Sopan je. Time aku buat salah, aku harap kau tegur aku. Aku memang anggap kau kawan baik aku. Kau pernah sekolah agama. Aku dulu teringin nak sekolah agama tapi tak dapat. Aku tahu kau banyak tak jujur dengan aku. Kenapa? Aku selalu tengok kau pergi usrah.. aku nak ikut kau. Tapi aku malu.. kau pun tak ada nak ajak aku kan?’

Amira hanya memerhati Sarah dari ekor matanya. Terasa aneh pandangan Sarah terhadapnya.

“kenapa?”

“tak ada pape” . Sarah hanya tersenyum. Kelat.

“aku nak keluar jap tau.” Amira keluar sambil mengukir senyuman.
***
Amira membalut kemas hadiah itu. Diletaknya reben ungu kesukaan Farah. Amira hias kotak itu dengan kata-kata semangat. Amira tunggu kelibat Farah.

“selamat hari lahir!” senyum Farah tatkala melihat Farah masuk ke dalam bilik. Dihulurnya kotak hadiah.

“wah, apa kat dalam ni? Terima kasih tau. Aku buka boleh?”

“kau buka nanti la. Time aku tak ada. Ok?”

“hurm…”
***
Sarah duduk bersantai di wakaf tepi kolejnya. Di pandangnya kotak hadiah pemberian Amira. Dia tersenyum.

‘tudung’

Kain tudung pemberian Amira. dia selalu melihat Amira memakainya tapi kali ini, dia memilikinya dengan warna kesukaannya. Dulu, Sarah teringin membelinya tetapi harga kain tudung seperti ini sangat tinggi. Tidak jarang dan tidak melekat. Dia juga tahu, tudung ini adalah tudung kesukaan Amira.

‘terima kasih’

Sarah senang. Tapi dia sendiri tahu, dia tidak bersedia memakainya.

‘tapi, kenapa kau bagi aku?’

Amira memerhatinya dari jauh.


‘sebab aku sayang kau!’

Sunday, April 14, 2013

fenomena ~


“aah.. saya dah penat."

“kenapa ni ?”

“ saya penat berterusan begini. Saya penat mengharap pada perjuangan yang tak nampak hasilnya. Seakan gerabak ini langsung tidak bergerak.”

“cuba kamu lihat pada perjuangan dakwah nabi nuh a.s. dakwahnya lebih panjang. Lebih hebat. Tapi berapa kerat sahaja kaumnya yang mengikuti ajarannya? Duhai teman, andai dirimu jatuh, jangan sampai terus tersungkur. Bangkitlah.. teruskanlah melangkah. Perjuangan ini memang panjang. Kita bukanlah pemulanya dan bukan juga pengakhirnya, tapi kita adalah generasi yang meneruskan perjuangan dakwah para nabi.”

“Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar…” (QS; 3:110)

Kuatlah duhai hati.. jangan dibiar tanggismu melemahkanmu.. Kuatlah duhai hati.. moga kau tidak hilang punca. Kuatlah duhai hati.. kerana Allah sentiasa bersamamu..

“mungkin kerana kita telah lama islam membuatkan kita hilang momentum. Tiada lagi kesungguhan dan semangat. Tetapi yakinlah pada kemenangan yang pasti. Jangan sekadar mengharap tapi jadilah kamu seorang peyumbang kepada kemenangan islam itu sendiri.”

‘apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah..’ (QS; 110:1-2)

Saya lihat,
Untungnya mereka yang berhijrah. Dari jahiliyyah kepada kehidupan islam. Mereka lebih rasa akan nikmat islam itu sendiri. Semangat mereka lebih baru. Malah, inilah nilai dakwah yang kita mahu hasilkan, kelebihan mereka, mereka gunakan untuk islam.

‘manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham’

“ya, segalanya bermula dengan tarbiyyah. Berbentukkan akidah yang mantap dalam menghasilkan manusia yang hebat”

“saya tanya anda pula, dimana dan ke mana hijrah kita?”

Sekarang negara sedang menghadapi musim pilihanraya umum ke-13. Maka, di televisyen juga di akhabar-akhbar tempatan menyiarkan tentang manifesto dan apa sahaja kaitannya dengan pilihanraya. Malah, ianya tidak berhenti di situ sahaja, berita sebegini juga mewarnai hingga ke alam maya. Maka elemen-elemen seperti fitnah-menfitnah, kata-mengata penuh di ruangan komen mahupun website. Ah, kita boleh nilai sendiri akan menteliti masyarakat negara kita hari ini. Sedih.

“dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui “ (QS; 2:42)

Eh, kita sama-sama islam.. kenapa bergaduh? Ah, politik rakyat!

“hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah- pecah” (QS;3:103)

“Kita mahukan sebuah negara yang mengamalkan islam sepenuhnya. Ya, kita mahukan ianya diubah. Pihak mereka dah lama memerintah. Sejak pilihanraya 1955. Hasrat ini kita dah lama suarakan. Basmi rasuah. Hilangkan riba dalam ptptn. Laksanakan hudud. Ya, kita guna pakai kaedah membaik pulih kerajaan yang sedia ada. Tapi hasilnya… sampai kini?”

“wahai orang-orang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan. Dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu” (QS; 2:208)

“mereka yang memaksa kami mencetuskan reformasi. Ya, kami tahu konsep ini agak ketinggilan. Seakan negara mahu mengundur ke belakang. Sedangkan negara sedang megalami transformasi. Tapi..”

Negara kita memang sedang membangun. Ekonomi kita hebat. Nilai KDNK naik. Pertumbuhan ekonomi naik jika dibandingan puluhan tahun yang dulu. Tapi kita juga menghadapi inflasi. Harga barang naik tetapi pendapatan masyarakt tidak dapat menampung perbelanjaan yang perlu dikeluarkan berbanding ketika era kemerdekaan. Nilai wang kita juga seakan makin merosot. Hutang negara juga meningkat mendadak sejak lima tahun kebelakangan ini.

“itulah sebabnya. Kita perlu kembalikan kewangan islam. penggunaan wang kertas (fiat) terlalu berisiko. Kenapa tidak digunakan mata wang emas yang nilainya lebih kukuh? Hilangkan riba kerana penggunaan riba juga dunia pernah menghadapi kemelesetan ekonomi. Ya, kita terlalu terikat dengan sistem kewangan barat..”

“mimpikah kamu.. ketika keadaan dunia yang semacam ini.. bagaimana kau mahu mengangkat islam di mata dunia? Kita semua impikannya tapi..”

Tapi.. islam itu tak terbina dari masyarakat yang tidak faham.. lihat pemuda kita hari ini.. ya, kau katakan itu proses modenisasi. Letaklah segala istilah.. liberalisasi, hedonisme, secular.. hakikatnya, di mana pemuda kita? kemana hilang kekuatan mereka? Ah, apakah yang kau beri pada mereka sehingga lemahnya mereka..

Sultan Muhammad al-fateh menawan kota konstantinopel pada usia 21 tahun

salahuddin al-ayubi menawan baitulmaqdis dalam usianya yang muda

Hentikan memberi gula kepada rakyat. Gula memang manis. Tapi manisnya gula menjadikan kita berpenyakit. Rakyat yang sakit akan memberi kesan kepada pihak kerajaan untuk merawat mereka. Sekaligus, meningkatkan kos rawatan.

Jangan dikunci pemikiran mereka! Salurkan dengan ilmu dan maklumat yang benar dan tepat.

“kita perlu cepat.. Gerakan yang perlahan terlalu menyeksakan”

“jangan tergesa-gesa dalam perjuangan ini. Mungkin hasilnya, tidak sempat kita rasai.. mungkin di zaman cucu cicit kita.. tapi jangan berhenti dari terus berlari. Perjuangan yang tergesa-gesa hanya menambahkan rompong.. akhirnya rebah tak mampu diangkat”

Tak kisahlah anda dari kapal mana selagi tujuan kita mahu menuju pulau yang sama. Tidak perlu bergaduh tentang laluan apa yang perlu diambil.. masing-masing ada caranya.. asalkan anda meletakkan diri anda di dalam salah satu kapal itu.

“sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (QS; 61:4)

p/s- sila fahami maksud tersurat dan tersirat :)
      'people just want to listen what they want to listen'

Sunday, August 12, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

#23 Ramadhan

ramadhan hampir melabuhkan tirainya.. makin ramai yang beriktikaf di masjid ketika 10 malam terakhir.. bukan sekadar mahu mencari lailatul qadar, tetapi insyaallah, mencari redo Allah..
ruginya andai kita tinggalkan ramadhan tanpa dosa diampunkan.. bukan?

rindu,
sekian lama hati ini terasa sepi
hadirnya cintaMu tatkala ku sendiri
mencari erti hidup dalam lukisan bisu
yang ku ukir dengan rasa asing
layakkah aku merinduiMu??

jaga masamu.. hidup ini dua kali, mati hanya sekali.. jadikanlah matimu, mati yang diredoi.. 

pada orang yang kita sayang, kita cuba bagi barang yang kita paling suka yang sepastinya kita harap dan tahu, barang itu akan berguna untuknya.. tetapi, tak semua orang pandai menghargainya.. kadang-kadang si penerima itu merasa kita memberi sesuatu yang tidak memberi manfaat dan bukanlah barang yang mereka idamkan dari kita.. mereka kecewa.. mereka mempersoalkan..
apa kita rasa?? kecewa?? sedih?? namun, kita tetap tersenyum.. bukan?? kita tak tahu bagaimana hendak menjelaskan.. kita biar mereka belajar sendiri.. menilai sendiri.. tak semua benda yang baik, kita terus nampak..kadang2 ambil masa yg lama.. dan kita terus menunggu mereka menjadi dewasa.. atau mungkinkah kita terus marah-marah? menjelaskan tindakan kita? dan mengatakan betapa mereka tidak bersyukur, tidak faham..?? 
bagaimana jika kita andaikan si pemberi itu ialah Allah?
Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak.. dan kita terus mengeluh.. kadang2 mempersoalkan..kita cakap Allah tak adil.. tanya diri sendiri dulu, sejauh mana kita adil kepada Allah??
sejauh mana kita ingat Dia tatkala susah senang kita?
Maha Pemurahnya Allah pada hambanya..

Ya Allah,
andai nikmat itu bisa membuatku jauh dariMu
beriku rasa cinta dalam kasihMu 
biarpun derita itu jauhnya berbatu

cinta itu datangnya dari hati
andai ia kukuh dalam diri
ibadah bukan lagi satu bebanan :)


“Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quran pada malam Al Qadar dan tahukah kamu apa yang dimaksud dengan malam kemuliaan (Al Qadar) itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahterahlah (malam itu) sampai terbit fajar. “ (QS.Al Qadr ayat 1-5) 


p/s: cuba anggap malam-malam kita seperti malam lailatul qadar. justeru, apakah amalan kita masih di tahap biasa?





Friday, August 10, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم


#21 Ramadhan

perbaiki diri, perbaiki niat.. jom ikhlaskan hati kita kepada Allah..

ya Allah, kami mahu redhoMu!


"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya Kami takut akan ('azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati." (QS;76:8-11)


nak ikhlas memang payah. kalau kawan minta barang kita, kita pun nak tak nak je kAn bagi, apatah lagi kalau benda yang kita pun terdesak nak pakai.. sebenarnya apa pun yang kita miliki sekarang, semua tu Allah yang bagi pinjam, beerti, Allah boleh tarik balik apa pun yang dia bagi pada kita. kenapa terlalu kedekut untuk memberi? bukankah Allah telah berfirman akan melipat gandakan ganjaran bagi orang yang bersedekah.. 


Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)


“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)


Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

berSABARlah.. tiap apa pun yang menimpa diri, pasti ada hikmah di sebaliknya.. lahirkan rasa gembira dan syukur dalam hati takala menerima musibah apatah lagi kegembiraan.. kenapa harus muram bila ditimpa kesusahan? sedangkan itu tanda Allah sayang akan hambanya.. Allah nak kita ingat padaNya, mengadu padaNya, mengharap padaNya.. kerana Dia nak bagi ganjaran syurga.. dan kerana itulah MAHAR SYURGA.. :)


"Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(QS;2:153.)




Thursday, August 9, 2012

ramadhan kita...


masa,
andai dapat ku kutip tiap waktu tersisa
andai dapat ku kecap, biar jadi beerti
langkahan ku kian perlahan
tatkala cabaran terus mengasak
dada terasa seakan sempit
melihat masa berlalu pergi
sedangkan aku masih di situ

ramadhan tahun ini haruskah sama dengan ramadhan sebelumnya?  Bagaimana pengisian diri ini tatkala meniti 10 malam terakhir? Terasa masa yang pantas berlalu. Meninggalkan ramadhan pergi begitu sahaja adalah satu kerugian yang sangat besar.  adakah alasan demi alasan dapat menutup kerugian diri tatkala ramadhan datang dengan beribu macam ganjaran. Rugi andainya pergi ramadhan itu tanpa dosa diampunkan.
Kita sibuk dengan bermacam persiapan. Dari persiapan raya sehinggalah persiapan memasuki dunia universiti. Justeru, bagaimana pula persiapan mati kita? Bekal apa yang harus kita bawa? Cukupkah? 17 ramadhan tidak jauh meninggalkan kita. Menjadi saksi peristiwa penurunan al-quran.  Di mana letaknya kalam Allah di hati kita?  Di mana letaknya Allah dalam diri? Islamnya diri ini bukan sekadar pada nama. Ada tanggungjawab yang harus digalas.

Saudaraku,
Perjuanganmu di sana tidak harus dipersiakan
Darah yang di tumpahkan ada galang gantinya
Cintanya dirimu pada jihad fisabilillah
Menyemarak cita  syahid di sisi kekasih agung
Aku malu,
Untuk menyatakan rasa sehebat dirimu
Sedang diri ini seakan bermusim
Tiba saat aku harus berdiri

Mereka hilang keluarga tercinta, tanah itu bukan lagi tempat yang selamat. kita di sini? Layak kah untuk sedih dan kecewa tatkala tidak dapat apa yang diharapkan? Layak kah untuk merasa hiba tatkala usaha seakan tidak menemui hasil? Selemah itukah kita? Sedekat mana Allah itu di hati kita? Bagaimana dapat aku lahirkan rasa cintaku padaMu …

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)
"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Kata,
Jaga ia kerna itu akan dipersoalkan

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (QS;61:2-3)