"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."57:23
Sunday, January 25, 2015
cerita #1 : Rindu
malam tu hening. Peserta yg lain telah lama diulit mimpi. Aku masih di situ, meneliti nota-nota di atas meja. Dia menghampiri dan terus duduk dikerusi sebelahku. Aku memandangnya. Jelas, dia mengajak aku berbicara. Kami mulakan dengan perbualan biasa kerana masing2 belum mengenali satu sama lain. Sesekali dia diam.
“apa yg membebankan fikiran akak?” . spontan aku bertanya. Melihat dia terkadang hilang dalam lamunan.
“tak ada apa”. dia menukar bicara. Lama. Dia membiarkan aku meneruskan kerjaku dan dia terus berbaring . berpaling. Dan esakan tangis kedengaran. Aku jadi kelu. Diam.
Dia bangun lantas memandangku dan aku sekadar tersenyum.
“dah ok?” aku cuba menduga. Dia diam.
“apa awak akan buat bila awak terlalu rindukan seseorang? Dia seorang sahabat.” Soalnya perlahan.
“Dia masih ada?”
“ya, dan akak tak boleh terlalu kerap jumpa. Nanti rindu makin kuat. Apa pendapat awak?”
Parah. Aku menimbang-nimbang jawapan yg hendak diberi. agak susah untuk menjana idea di tengah malam begini.
“hmm… akak mungkin masih hidup dengan masa lalu.Akak masih rindukan kebersamaan akak dengan kawan-kawan akak.” Aku menutur perlahan.
“mungkin juga.”
“sibukkan diri.” Aku menjawab ringkas
“hmm.. itulah masalahnya. Setiap kali jiwa akak rasa kosong,akak mula rindukan mereka. Kalau boleh nak sangat peristiwa tu berulang . sekarang, masing-masing jauh.mungkin akak dah lama tak ada usrah, jadi, jiwa akak terasa kosong ” Dia menyambung bicara. Merenung kosong pada meja di hadapan.
“akak perlu bergerak ke depan. Kawan akak mungkin dah ke depan, tak kan akak masih nak terperangkap dalam memori semalam. ”
dia merenung jauh lagi, memandang aku dengan pandangan kosong.
kami menukar topik perbualan.
dan malam itu aku tidak dapat tidur.
p/s: sebenarnya masih panjang perbualannya, tapi aku lupa. hha
Aneh bukan,
Kalau kita bersahabat kerana Allah, kenapa rindunya melebihi rasa kasih kepada pemiliknya.
Mungkinkah kita terlalu meletakkan mereka di hati kita.?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment