Thursday, December 24, 2009

ehmm...lama tak tulis blog...ha3..sibuk2..homework byk sgt....hari ni ada hari penganugerahan kecemerlangan kat dewan wisma darul iman...he3..wlaupun result ada b....msh jg dpt hadiah... slg bbrape mnit(time tu dh dpt hadiah)..cepat2 kuar dewan..ehmm..tak hormat majlis langsung aku nie..ha3..(konon bt alasan nk pi bilik air)..dh kuar tak masuk2...then, pi kedai buku..ha3..borong sume bku, dh bku2 baru2 blake...(camla bleh).. bku yg nak dicari tak jumpe..belilah bku2 yg tak de dlm senarai...ha3..bt habis duit...kn tadi bru dpt...esok kne bngun awl lg..ad klas tuisyen...cikgu ngajar tak msk agi topik form 5...ktenya kwn aku..bgs jugak gitu coz topic form 4 pon terumbg-ambg agi...ehmm...terangguk-angguklah aku nieh...

report tak siap agi...klas lain dah antar blom cuti agi...ehm..nasib2..lesen motor sah2 lah tak ambk...
motor pun tak reti bawak..(dh x de org nk ajr)..kakak sy lak dia tak nk ambk lesen motor..terus je nk ambk lesen kereta..ehmm..lantak kau lah...k.lah...smpai sini jew...w'salam...

Saturday, December 12, 2009

a REALly bAd Day

hari ni ada janji dgn kawan nak gi pustaka dalm kul 9.30pg...actually, kitaorag nak gi ke McDonald yang baru dibuka..he3...melihatkan kluarga saya yg tak berapa nak prepare...saya batalkan temujanji tu(pergi pustaka tapi just antar buku..then, balik..x gi McD)..
kmudian dpt lak sms dari kawan saya:"awak kena pergi jugak ke McD kalu tak saya takkan maafkan awak"...
urrgghhh...nak tak nak kenalah pergi...he3...datang2 jew diorang dah ada...saya pergi dgn mak and 3 orang adik...yang sorang tu ada temu janji nde kawan dier jugak tapi x jadi...lepas, antar buku lepak jap kat bilik komputer....
then,adik 1 saya cakap:"Aisyah hilang.."(aisyah  tu adik 4 saya)...dgn rasa paniknye saya ajaklah adik 1 saya gi cari sama...tapi dia x nak ikut....nasib baiklah..kawan saya dapat temankan...pergilah kat tingkat bawah..
mak saya cakap tadi Aisyah elok jew duk main nge adik 3 saya...tetiba jew lesap...mak sy nge adik ke3 saya gi cari kat kereta sbb kata mak saya dia mungkin gi kat kereta...so, kitaorg carilah kat dalam..
cari punya cari terserempaklah dgn sorang makcik tu...dia cakap:"cari adik ke?" saya mengiakan..
"adik awak ada nge bodyguard..tadi dia duk cari anak sape...awak tau x adik awk tu hmpir2 nak melintas jalan...diorang ada kat atas"lalu makcik tu tunjuklah orang tu..
saya nge kawan saya prgilah ambk adik saya...ps2, bodyguard tu cakap:"isshh,awak nie..awk tau tak adik awak tu hampir2 nak mlintas jln besar tu.."
saya bawak turun adik saya...alik2 kne thn di pegawai kat kaunter...hai...kne intiview lak nge pak cik nie...  pak cik tu tanya:"awak letak adik awk kt mne..?awk ada mne mse tu?bla..bla...bla...."saya pun jawablah...
last2...pak cik tu srh sy panggil mak saya..adik saya ckap mse tu rami sgt yang tgk....dahlah saya kne bebel di 3 org...hu3....kne ceramah...(dialog kt ats 2 mungkin beza skit) kawan sy hairan..cmne adik sy bleh kuar sedangkn kt situ ad bodyguard...
ok...dah ah2 tak nak citer pnjang2...malu...
lpas mak nge 2 org adik sy balik...sy nge kawan yang lainnya gi lah McD..then, GIANT seterusnya MYDIN..ha3..jalan2 jew...x beli mne pon...tak nak citer...pnjang sgt...ada skali 2 smpai terpisah...terkejar mse..terlepas dan mcm2 lagilah...............
so complicated...

Thursday, December 10, 2009

haRiKu...

dah lama tak tulis blog..pertama, coz malas sesangat..hu3..kedua, tak de citer  arr...
ehmm...nak citer skit pengalaman saya ke kelas tuisyen...ha3...kekok lak rase..yelah..dah lama tak ke kelas tuisyen..plg last pon masa darjah lima...first time, masuk kelas...memang takut sangat(duk tertoleh-toleh intai kawan se'geng')...kelas saya banyak budak2 yang mmg dh tuisyen situ dari awal thn agi..nasib baik arr budak lelaki duk belakang...kalu tak menjengguk-jengguk lah saya nie..he3

datang kelas dengan otak kosong(tulah..patutnya sebelum datang study arr lue skit2)...terus jer nadah apa cikgu cakap..bila bg latihan terpinga-pinga(tak tau pape)..he3..nasib baik bw buku rujukan(terdesak).....sy ingat lagi masa addmath..cikgu tanya tajuk apa plg susah(lebih krg cam tu arr)..kita orang sume pun jawab...differentation(susah arr sbb x bljar lagi)...pstu cikgu pun ajar lah step by step(laju juga diajarnya)..then, ada orang yang tak paham..cikgu hairanlah..knpe ada yang tak paham coz sepatutnya nie just ulangkaji jew memandangkan tajuk ni masuk dlm sukatan..mne2 cikgu atau plajar tak patut skip tajuk nie sbb subjek ni kira important gop arr...pastu cikgu tanya sesapa yang tak belajar lagi...saya dengan kawan saya angkat tgn...tapi cepat-cepat kitaorang jatuhkan balik bila cikgu tanya org yang angkat tangan tu datang dari skul mne..he3....tak nak arr..buat malu jew...nama sekolah gop yang naiknya...so,..nak cover punya citer...kitaorg pun buat2 paham jer lah...(lagi pun sy mmg dah bljar skit tajuk nie nge kengkawan yang lain)...tmbhan lak cikgu dah mle slow....bleh tangkap lar apa yg diajarnya

ada sekali tu plak..subjek chemistry...entahlah knapa..tapi time nilah kelas paling bising(ntah apalah bdk lelaki borak sangat)....cikgu sporting dgn diorang(dah lama kenal kot)...time balik tu..hu3..ambil kesempatan tengok kereta ALZA...terbaru punya...dah tuisyen dkt dengan kedai Produa....
kata kawan saya:"nanti saya nak beli kereta nilah..warna cam ni gak...cam dalam iklan punya.."
ehmm...ada bagusnya memasang impian...insyaallah...kalu berusaha..pasti tercapai...



kat rumah lak asyik tgk tv jer...mula2 dah psg azam..nak baca buku...asal tgk buku jew..terus jadi malas(sbb tak paham pape pon)...duk belek2 jelah sampai tertidur..hu3...bilalah nak berubah...alahai.....

Sunday, December 6, 2009

rahsia 7 hari

hari ahad

hari menciptakan dan memakmurkan kerana pada hari itulah Allah mula menciptakan dunia dan memakmurkan...
adapun 7 macam benda itu ialah:
-tempat jalan bintang-bintang yang bergerak
-neraka yang bertingkat
-bumi yang berlapis
-lautan yang besar
-anggota tubuh badan

hari isnin

hari pelayaran dan perniagaan kerana nabi Syaits a.s telah berlayar pada hari isnin untuk berniaga...
7 keutamaan atau kelebihan:
-nabi Idris a.s telah naik ke langit
-nabi Musa telah pergi ke Bukit Thursina-7 kali perjalanan
-turun ayat tentang keEsaan Allah
-hari Rasulullah dilahirkan
-jibrail pertama kalinya turun menemui Rasulullah
-semua amal2 ditunjukkan kpd Rasulullah
-hari Rasulullah wafat

hari selasa

hari berdarah kerana pada hari itulah Siti Hawa haid dan putera Nabi Adam membunuh saudaranya sendiri..
peristiwa 7 jiwa dibunuh:
-Jurjais as
-Yahya as
-Zakaria as
-tukang sihir Firaun
-Asiah-isteri Firaun
-Sahib sapi bani Israel
-Habil-putera Adam as

hari rabu

hari banyak terjadi nahas kerana pada hari itu Allah telah menenggelamkan Firaun dan pengikutnya, memusnahkan kaum Aad dan Thamud dan kaum Saleh..
7 macam azab:
-Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung Hudhud
-Qarun dimusnahkan dan dibenamkan ke dalam tanah
-Firaun dan pengikutnya(kaumnya) ditenggelamkan dalam sungai Nil
-Namruz dibinasakan dengan nyamuk
-kehancuran kaum Saleh
-Syadid bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail as
-Kaum Hud dibinasakan dengan angin taufan

hari khamis

hari tercapainya hajat kerana nabi Ibrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari itu, maka dia telah mendapat hajatnya dan nabi Ibrahim diberi Siti Hajar...
7 nabi atau wali memperoleh sesuatu:
-nabi Ibrahim as menemui raja mesir, maka beliau mendapat Siti Hajar
-tukang memberi minum raja mesir keluar dari penjara dan mendapat kebebasan
-saudara-saudara Yusuf menemuinya dan mereka mendapat kenikmatan
-Bunyamin masuk ke mesir dan menemui abangnya Yusuf
-Ya'kub as masuk ke negeri mesir dan beliau mendapat keamanan
-Musa as masuk ke mesir dan menemui Qibti
-Nbi Muhammad saw masuk ke kota Mekah dan beliau mendapat kemenangan

hari jumaat

hari silaturrahim dan pernikahan kerana para anbiya' pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut..
7 pernikahan:
-pernikahan nabi Adam dan Siti Hawa
-pernikahan nabi Yusuf as dengan Zulaikha
-pernikahan nabi Musa dengan Shafrawa
-pernikahan nabi Sulaiman as dengan Balqis
-pernikahan nabi Muhammad dengan Siti Khadijah
-pernikahan nani Muhammad dengan Siti Aisyah
-pernikahan Sayyidina Ali dengan Fatimah

hari sabtu

hari tipu daya kerana bangsa Quraisy telah melakukan tipu daya di Darunnadah..
7 tipu daya:
-kaum Nuh melakukan tipu daya terhadap nabi Nuh
-kaum Saleh melakukan tipu daya terhadap nabi Saleh
-saudara-saudara Yusuf telah melakukan tipu daya terhadap nabi Yusuf
-kaum Musa melakukan tipu daya terhadap nabi Musa
-kaum Isa melakukan tipu daya terhadap nabi Isa
-kaum Quraisy melakukan tipu daya terhadap nabi Muhammad
-kamu bani Israael melakukan tipu daya terhadap larangan Allah swt

ALI bin Abi Thalib bermadah:
"sebaik-baik ialah hari Sabtu untuk berburu
tanpa keraguan jika anda menginginkannya.
dan pada hari Ahad untuk membangun
kerana pada hri itu Allah mula menciptakn langit.

dan pada hari Isnin bila anda ingin berlayar
anda akan selamat dari musibah dan bala.
bila anda berbekam lakukanlah pada hari selasa
pada saat darah itu ditumpahakn.

bila seseorang akan meminum ubat
sebaik-baik hari untuk itu adalah hari Rabu.
dan hari Khamis untuk menunaikan hajat
kerana Allah memerintahkan menuai

dan di hari Jumaat untuk perkahwinan
melapangkan urusan keadaan wanita
ilmu itu tidaklah dihimpunkan kecuali oleh Nabi
                                                               atau pewaris Nabi"

p/s-isi dipetik dari buku rahsia 7 karya
     Muhammad Isa Selamat

Saturday, December 5, 2009

kisah syeikh abdul kadir...

cerita yang disampaikan sendiri oleh syeikh abdul kadir

suatu ketika , aku ternampak satu cahaya terang benderang memenuhi seluruh langit. kemudisn satu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata:
"wahai Abdul Kadir, akulah Allah,tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu."
aku terus menjawab:"berambuslah wahai syaitan!"
sebaik sahaja mengucapkan kata-kata itu, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia
tadi berdesir menjadi angin. Aku mendengar lagi suara berseru:
"Wahai Abdul Kadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh orang ahli sufi dengan cara ini. tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu."
rupanya syaitan masih cuba menipu aku.lalu, aku pun menjawab:
"Tidak. ini adalah rahmat Allah taala"
................................................................
Syeikh Abdul Kadir ditanya oleh seseorang tatkala beliau menceritakan kisah luar biasa itu kepada
murid-muridnya:
"Bagaimana tuan tahu itu adalah syaitan?"
jawab Syeikh Abdul Kadir:
"apabila dia berkata dia telah menghalalkan perkara yang haram bagiku."


Friday, December 4, 2009

HiDuP untuk MeMbeRi....

Ramai orang ingin menerima berbanding memberi...alasannya..

-memberi akan mengurangkan
saidina Ali r.a berkata,"rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakandan apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah"
sedangkan galakn memberi akan mendorong kita untuk berusaha mencari

-orang menerima tidak berterima kasih
ingatlah...
Tuhan tetap memberi walaupun kita sering lupa untuk bersyukur...

-tidak ada apa yang hendak diberi
jangan sempitkan apa yang ada
sedekah boleh disalurkan melaui:
-senyuman
-doa
-tenaga
-ilmu
-kata-kata yang baik

-bimbang dieksploitasi
jangan buruk sangka kerana kebanyakkan darinya adalah dosa

-tidak mendapat balasan
mahukan nikmat dunia yang tidak seberapa ini atau nikmat akhirat yang selamanya...?
Allah berfirman yang bermaksud:
"maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah,nescahaya akan dilihatnya.Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah,nescahaya akan dilihatnya" (surah al-Zalzalah 99:7-8)

hidup ini seperti give and take
what u give ,u get back
and what goes around comes around

cuba fikirkan...
seorang ibu memberi hadiah buat anaknya
anaknya menerima hadiah dgn senang hati..terpancar rasa bahagia di hatinya..
ibu itu tersenyum...

jadi mana satukah yang lebih bahagia...?
si ibu atau si anak.?

sudah tentu si ibu...
hati orang yang memberi lebih bahagia dari yang menerima
bukankah begitu.?

maaf juga tergolong dalam memberi..

MAAFKANLAH.....MAKA HATIMU AKAN TENANG

saya teringat kata seorang ahli psikologi
"cara termudah untuk muhasah sebelum tidur...adalah dengan memaafkan segala kesalahan orang pada kita"

apabila kita memaafkan..maka hati kita tenang..tidak dibelenggu oleh bayang2 orang yang tidak dimaafi...
tidak dinafikan memaafkan kesalahan orang bknlah sesuatu yang mudah..
andai kita di saat marah..
maka reda kanlah dengan sejuknya air(wuduk)
kerna tika itu diri dan minda kita mula dikuasai oleh syaitan laknatullah..........

Allah berfirman yang bermaksud:
"dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat,jadi,
tolaklah(kejahatan yang ditujukan kepada kamu)dengan cara yang lebih,
apabila engkau melakukan demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan
terhadapmu dengan serta merta mereka akan menjadi seolah-olah seorang
sahabat karib"
(surah Fussilat 41:34)

p/s-ada bbrapa isi dipetik dari majalah solusi...





sYuKuR paDA iLLahi.....

2 nikmat yang selalu dilupakan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang...malah, dalam petikan nasyid juga ada menyebutkan ingat 5 perkara sebelum tiba lima perkara...

syukur adalah salah satu bentuk kita berterima kasih di atas pemberian kurnian tuhan...bak kata orang bersyukur pada apa yang ada...jangan melihat apa yang kita tiada....

bila kamu merasa tinggi dan takbur menguasai diri...maka pandanglah pada tanah.....tempat asal kejadian kamu....bila rasa tiada siapa di sisi...maka pandanglah ke atas dan lihatlah langit...maka kamu akan merasa kehadiran tuhan di sisi kamu...

kita kebanyakkannya lupa untuk bersyukur...sebab itulah pada bacaan doa bangun tidur ada bacaan alhamdulillah....

alhamdulillah untuk segala rezeki yang dikurniakanNYA......masih memberi kita ruang dan peluang untuk bernafas dan beribadah padaNYA hari.....masih dapat kita menggunakan anggota pinjamanNYA....masih dapat menadah tangan untuk berdoa...berharap dan mengharap.....

 bagaimana mungkin kita boleh lupa..........??!!!


ingatlah dunia ini sekadar pinjaman...
akhirat jualah yang selamanya.......

gambar di ambil ketika jamuan akhir tahun 4a4

ALLAH berfirman yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu(dan memberi kuasa) di bumi,
dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan
(supaya kamu bersyukur),tetapi amatlah sedikit di antara kamu yang bersyukur."
(surah al-'Araf 7:10)


Monday, November 30, 2009

urgghhh.....

pepagi lagi kena bersiap...gi umah atok saya..sampai situ sambung balik tidur...dalam kul 9 bangun...wahaha...ngantuk agi...tapi  tak leh ar tidur.....nanti kena bebel di akak saya..tidur jew lebih tolong jaga adik buat keje rumah tak nak(mmbebel..bla...bla..bla...) so, nk tak nak bangun lah pepagi....lagi pun kira tukar shif ar nie...coz mse saya tidur..adik saya yang jaga....aktiviti ari tu,..tgk tv...tgk tv...tgk tv...hahaha...jaga adik skit je....males nak melayan....petang tu famili mak saudara datang...arrrgh...

msa-masa sukarku...hu3..yang paling jenoh nak hadapi ialah bapa saudara saya(kira suami mak saudara ler)..apa tak ye...asyik nak kacau jew...mse dirang duk kat depan saya borak jap nge adik kat dapur...
dier cakap lebih kurang camni arrr

"weh, tudung awk koyak tuh.."what!!!!...koyak cam ne lah boleh jadi cam ni...besar lak tu koyak nyer...
agak nyer nampk ke idak tak aurat saya atau pape jelah masa ada bapa saudara saya kat sini tadi...risau
weh...!!!..harap2 tak lah...tapi cmne bleh koyak...

"aku tersalah gosok tudung tu...tetiba je koyak..."hampeh...adik saya punya kerja rupanya....patutlah boleh perasan ada koyak kat tudung tu...tudung jenis nie mmg x leh gosok sgt(tudung indon)......ALAHAI....

then, famili mak saudara saya gi mlawat atuk saya kat hospital...dia tinggal anaknya- ADAM kat sini..
comellah dier....trendy je pakaian....adik dia nie mesti speaking punye bile bsr nnti...hu3.. muka pun dah ada iras orang putih skit....ayhnya cikgu bhsa inggeris kt sek men asrama penuh integrasi...mak dia lak(mak saudara saya) cikgu bhsa melayu dan sejarah di sek yang sama....kiranya titik pertemuan diorang kat sek tulah mulanya.....

dalam kul 6.30 lobih...saya nge famili saya balik smula kt umah kitaorang.....hu3...tapi kebanyakkan adik saya tak ikut sekali....huh....LEGA....kalu tak abislah kecoh satu rumah nieh....
...........................................................................................................................................................

Sunday, November 29, 2009

nukilan skit....

hari ketiga raya yang tak ada pape that really really so special....main game..watching tv...and so on...nothing...so, untuk isi masa yang ada...nukilan ini pun terhasil..hu3...

hidup satu permainan
di atas pentas mereka bermain
mereka menggunakan wang dan kuasa
taruhan pada yang meminta
aku di sini menyaksikan
seribu macam cara
menipu itu mesti
kerna dunia itu helah
aku mula mengerti
apa yang dikatakan orang itu benar
kadang2 hidup itu indah
bak dunia itu aku yang punya
tapi tiada hidup andai tiada halangan
kerna itu suatu kepastian
beribu bintang aku saksikan
tiap satunya beredar pada paksinya
aku dan hidupku
diriku ceritaku
bermain dalam rentak
lagu beralun seiring irama
memandang aku suatu sudut yang tak pasti
jauh aku melihat
itukah masa depanku..?
sendirian aku menolah
tiada siapa di situ
tiada apapun
sesepi inikah lorongku..?
lampu terpadam
segala bunyi terhenti
segelap inikah duniaku...?
terperangkap dalam dunia sendiri
meniggalkan soalan tanpa jawapan
ah.!!aku lupa...
itulah namanya kehidupan
jika baik mahumu
maka kepayahan yang harus kamu lalui
kerna di hujung cahaya itu tersorot seribu kebahagian
kamu tidak akan tahu
sehingga kamu melalui lorong sepi itu

Saturday, November 28, 2009

hari kedua raya...

hari ini bangun awal...bersiap ke rumah nenek nge atuk saya. diaorang buat korban hari ni kat madrasah kampung saya...dalam pukul 10 datang tu...kereta-kereta dah penuh kat madrasah...tahun ni pihak madrasah tu buat pembaharuan skit...kiranya lebih lancar laa....selaunya agihan daging selesai dalam pukul 12 atau pukul 1...sekarang pukul 11dah boleh agih berbelas ekor....semua sekali lembu kat situ 20 ekor..orang yang ambil bahagian pun tak payah susah-susah datang bawa pisau...pihak madrasah yang uruskan sume tu..datang bawa diri je..ambil daging(bahagian) yang dah siap dibahagikan...mudahkan...sepatutnya nenek saya ambil bahagian di kampung moyang saya....selalunya yang menyertai saudara-mara...kiranya teruskan tradisi korban kat situ..tapi tahun nie..nenek saya ambil bahagian kat madrasah coz kat situ dah penuh.....bahagian yang best sekali ialah merasa segala jenis masakan yang berasaskan daging dimasak oleh nenek saya..hu3...ingatkan tahun nie dah tak dapat merasa coz beberapa hari sebelum ni...nenek saya demam..alhamdulillah..dah sembuh...atuk pula yang dimasukkan hospital coz lelah semalam...
   hujan tak turun...angin sepoi-sepoi bahasa menyejukkan udara...hidangan daging antaranya sup tulang. gulai daging, daging masak lemak manis, daging masak merah dan sebagainya( tak tahu apa nama lauk tu) sedia terhidang atas meja...aha apa lagi...makan!!...lepas zohor tu, keluar kejap....adik nak beli barang skit...shopping punya shopping...huhu..abis duit(nasib baik bukan duit saya)...

Friday, November 27, 2009

first day raya.......

pagi-pagi lagi dah bersiap..pakai baju cantik-cantik..pergi solat raya..lambat pulak startnya..dalam 8.30 baru boleh solat....sebelum nie takbir lue kejap...lepas solat 2 rakaat kutbah pun berlangsung.....intipatinya pasal pengorbanan....kesabaran, seperti kata nabi ismail menjawab persoalanan ayahnya "laksanakanlah..sesungguhnya ayahanda tergolong dalam golongan yang sabar"
yakin terhadap agama islam...berbuat baik..bertakwa kepada ALLAH..tetapi kebanyakkan khutbah berkisar pasal pengorbanan pada agama, bangsa dan negara....perbanyakkan selawat keatas nabi muhammad..selesai..

gambar kat atas tu suasana orang balik dari masjid nabawi..kiranya cam tulah suasana orang balik dari masjid atau surau kat sini...orangnya berpusu-pusu.....time raya ni ramai je yang gi surau....bila hari biasa....sunyi sepi surau..he3..dah jadi fenomena..gambar kat atas diambil dari laman web http://www.eramuslim.com/
nenek nge atuk saya buat korban hari esok...kbanyakkan buat hari esok coz hari ini sibuk solat jumaat...tapi orang belakang rumah saya nie dah buat hari ini...dagingnya pun dah sampai ke mari....

Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha...


malam raya...banyak orang kat surau dan masjid mula bertakbir memuji kebesaran ALLAH. esok korban dilaksanakan. malam-malam macam ni elok diisi dengan zikrillah...hari ini pon ramai yang melaksanakan ibadah puasa sunnat padang arafah...dengar berita..,ramai yang mati hari ini kat padang arafah..wah, bagusnya...ibadah raya korban nie dilaksanakan sempena mengingati peristiwa pengorbanan nabi ismail dan ayahnya nabi ibrahim sehingga tuhan menukarkannya dengan seekor kibas.selaain itu.ibadah ini juga sekurang-kurangnya dapat membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. bukan senang bagi mereka untuk merasai daging..just sekali setahun je...
gambar kat sebelah dan kat atas tulah rupanya padang arafah...bilalah aku bolah pergi sana...dapat gi umrah pun dah okey dah...duit bilalah nak cukup..asyik habis je...duit pun cukup2 makan je...ehmm...lain kali kena tahan nafsu skit..he3...saudara-mara tak ada plak yang gi haji tahun nie..rindu nak minum air zam-zam. kurma, kismis, buah tin dan sebagainya..esok raya haji..ayah saya tak balik..hu3...nenek dan atuk tempah sate...menjamu satelah esok...nenek masak daging dalam pelbagai jenis masakan (macam2 ada) ..weh...!!x sabar nak rase...orang perantauan pun akan balik...tambah meriahlah..macam raya
aidilfitri lak..buat para jemaah haji..moga segala perjalanan kalian dalam menunaikan ibadat haji akan dipermudahkan ALLAH dan semoga mendapat haji yang mabrur...-insyallah-...p/s-esok pergi solat raya awal...mkn selpas solat(lewatkn)-sunnat tu....

Tuesday, November 24, 2009

what's up today........??!

lama dah x buka blog nie...hu3...nie gara-gara semalam saya deman..hari ni pun masih belum sembuh sepenuhnya...kepala pulak terasa berat...menyucuk-nyucuk yang amat sangat....start demam pulak masa birthday saya yang ke-16...he3...dah tua rupanya saya nie....biasa kalau cuti cam nie..hari2 up-date blog...tp sekarang punyalah malas...result last exam pun dah dapat...syedih weh....ehmm...nak main teka-teki x...? nie teka-teki saya dpt dari satu blog tuu......



kalau anda dalam satu perlawanan lumba lari..anda memintas pelumba nombor 2...sekarang anda dalam kedudukan nombor brapa....?







nombor satu..?salah...jawapannya nombor dua.anda memintas pelumba no2 sudah tentulah anda mengambil tempatnya....





anda dalam satu perlumbaan. anda memintas orang yang terakhir.....no brapa anda sekarang...?







kedua yang terakhir...?salah.cuba fikirkn balik..bagaimana anda memintas orang yang terakhir sedangkan anda orang yang terakhir......







udahlah tu..sebenarnya banyak lagi teka-tekinya..so, untuk maklumat yang lebih lanjut layarilah
blog nie bkn sahaja memaparkan teka-teki, malah anda akan lebih kenal siapakah anda............








Sunday, November 22, 2009

party time........

ehmm....hari ini ada buat perjumpaan kat KFC. for what.?!!..(he3..suprise then....)pagi tu hujan turun lebat lar jugak...perjumpaan hmpir sahaja nak dibatalkan.....yelah,musim tengkujuh camnie...tp nak dkt kul. 10 tul hjn dah renyai-renyai.......saya smpai kt situ...2 org kwn dh menunggu...(awl diaorg datang)....lama skit kwn saye y sorang lagi sampai...lambt skit..selesai kitaorg makn bru dier tiba...ktenya x da kereta coz ayah dier bw kereta g office(lupa lak hari nie hari ahad...). selesai solat zohor kt hospital..lepak jap kat koridor...tengok paneroma laut...(camnelah klu tetiba tsunami.)...lps tu gie blk kt KFC..kwn yg terakhir sampai...bw kek...he3..and hadiah hamper(mse mng explorace anjurn kelab komputer yang smpai kesudh x sempat nk mkn...exam ler ktakn.).mnjamu balik kt KFC..tukar hadiah pon berlangsung.....hdiah tukaran antaranya-mug, bunga, kaca hologram, key-chain,jam...yang pasti sume cantikk......lps tu kuar jap (jalan2 cari makan...)..teman kwn gie klinik...dier ad temu janji...smpai situ jer, temu janji ditunda coz smpai lewat sgt........spnjang prjalanan,..kamera langsung x leh lepas...clik!clik!clik!...smpai blk kt KFC ad bdk2 llki n prmpuan duk lepak2...(bdk skul lg rasenya- satu skul)...kitaorg pon terpakse cari tmpat laen.....lps balik sume bdk2 tu(actually, diorg bt rombogn ke pantai...)...kitaorg kmbali blk...ambk makanan..but...opsss!!!mknn kwn ana yang sorang nie kne curi daaaa........ehmm....ana is the last one who leave from there....hu3.. lambat weh......smpat gop beli kentang yang kakak ana pesan....blk umah pkl 6 dah....kalu nak tgk gmbar bkk blog kwn ana nieh- http://www.bila-tinta-manari.blogspot.com/

Saturday, November 21, 2009

lps solat zohor, trs gie jamuan kahwin,selesai mkn trs balik...tak smpat nk minum air.....dahaga weh...kemudian pergi library,meredah hujan..lebat sesangat mse tu..hantar bku n pinjm bku ..pak cik tu pon smpat kte..'nanti redah hujan lak tu'..aku pon sekader tersenyum...he3..mungkin dia tengok baju adik saya basah...dh mmg mredah hujan...pastu, stop kat sabasun...beli ape yep..?!!ehmm....jeng3..... saya beli hadiah (u apa rahsia ler...) beli mknn skit...kt rumh pon cam x da mknn...esok...kite ada bt reunion...
mnjadi ke tidak ntah lah..yelah..musim hujan camnie....ehmm, klu dilihat blog sy nie krg skit gmbar ... ye tak..?kenapa erk..?actually..he3..sy mmg x da kamera...dh lme sgt nak...tp duit selalu je x cukup....arrggh!!..mne perginya duit saya...kalu cmni sampai bila pon tak dapat beli.........gmbar yg ada pon ambk dari kawan..so, thanks pd kengkawan y sudi mnymbgkn gambar nie...he3...... sayang korang sume........

sabtu......

hari ini hujan renyai-renyai...nanti nak gi library-antar buku. x tau nk bt ape.. semenjak dua nie sy ske sgt cari maklumat psl kewangan....entahlah kenape..klu bkk surat khabar pon..isu saham n kewangan mnarik minat sy..ehmm..dulu kecoh psl penggunaan mata wang dinar emas..pada saya walaupun nilainya x brapa stabil, tp elok diaplikasikan..coz pggunaaan nie dh dguna msa pmerintahan islam sebelum nie..kalu nak dibnddgn wang kertas yang just dijadikan gantian smentara mndapatkn brgn...byk krgnya..wlaupon diakui ianya mudh dibawa tp inflasi mdh trjadi..pencetakan di luar kawal blh terjadi.. dlm kemelut ekonomi skrg,perlukh kte menyalahkn ngara amerika semata-mata..?x dinafikn punca kejatuhan ekonomi bermula dari amerika syarikat..penggunaan riba memberi kesan buruk kepada negara tersebut...negara yang turut melabur dlm negara itu turut menerima tempiasnya..dlm keadaan itu, kewangan secara islam sbyk sdikit menarik minat ngara lain u mggamalknnya.... byk negara mgmblkn tindakn bg memulihkan ekonomi negara termasuklah negara malaysia....
sy pon tau sgt psl ekonomi  nie...just sekadar mgisi mse....baru lps bkk blog kwn tkdi...

Friday, November 20, 2009

sajak

okey...nie lak sajak yang aku tulis untk pertandingn kemerdekaan anjuran sekolah hari tu.. tak menang pon...bila baca balik..cam sajak bdak sekolah rendah lak...

semalam bumi ini penuh darah
dentuman bergempita sana sini
para pejuang melangkah gagah
tuk janggut, mat kilau, datuk bahaman
 nyawa terkorban mempertahankan negara

semalam,
31 OGOS 1987
tun abdul rahman melaungkan lafaz keramat
merdeka!merdeka!merdeka!
negara bebas dari belenggu penjajah
tiga bangsa bersatu meneraju pimpinan
di bawah satu nama negara malaysia

hari ini,
dunia tanpa sempadan
teknologi di hujung jari
negara malaysia pesat membangun
seiring arus kemajuan dunia
nama malaysia gah di persada antarabagsa
rakyat bersatu mendukung cita-cita
di bawah satu nama negara malaysia

hari ini,
dato'najib bin abdul razak
rasminya menjadi perdana menteri
membawa tema 1 malaysia
mendukung cita pemimpin terdahulu
dengan slogan
rakyat didahukan ,pencapaian diutamakan
agar impian itu dapat direslisasikan
perpaduan dimantapkan
dalam menaikan nama malaysia
di pentas dunia
bak kata pepatah
duduk sama rendah,berdiri sama tinggi

esok,
31 OGOS 2009
52 tahun negaraku mengecap kemerdekaan
laungan keramat itu kan bergempita lagi
merdeka!merdeka!merdeka!

nukilan...

ok..nie sedikit nukilan dariku..actually, sy bt nie mse dalam exam..selesai jwb paper ape ntah..pstu mse x abs agie..kertas lebih masih ada.so,saya bt lar bnde nie..skdar isi mse..untuk abdikn sy tls lar blk coz kertas nie akan dibuang...he3..sy akui mmg x best pon sbnarnye...just sdikit luahan hati.....

mulanya aku memandang
sepi sebuah kotak hitam
dalamnya sebuah nostalgia
imbauan igaun lampau
sepi tanpa bicara
menuggu masa
detik berlalu
saat ketika
terkesima aku
datangnya hanya sejarah
sedang aku kini
senyap dalam kotak
mulut terkunci
mainan perasaan
suram tanpa cahaya
sejarah mendewasakan aku
cengkaman pembunuh abadi
dalam tangisan malam
aku memandang
sepi sebuah kotak hitam
dibasahi air hujan
tak perlu aku menuggu
masa itu..peristiwa itu..
berlegar di ruangan angkasa
saat itu tidak akn kmbali
hijau sepi menonggak dagu
aku pergi...
penjara dalam mimpi
menyesakan aku
kisah silam harus mati
dalam cahaya nan kelabu

naifnya manusia
bila hati disakiti
hidup tak tentu hala
illusi pada mata
buta dalam hati
dunia hari ini
sabar bkn tunjang
sejarah kota
hidup merempat
laungan ombak
tiada hakiki
rasa pahit
dalam fikiranya
lunturnya...sebuah ikatan
keserakahan itu
bermain dalam nada
hidup dalam noda
masyarakat hari ini..
mgkin cma aku merasakn begitu
hidup falsafah
mainan politik
aku mula mngerti........


Wednesday, November 18, 2009




hari ini skul macam biasa...bezanya sy bawa laptop...he3...mcm2 diskusi hari ini.topik pon jauh tersasar. yelah dh nak hbs sklh dh..esk sehari aje lagi..tak byk beza nge hari sebelum nie..laptop pon just gne u dgr lagu dan upload gmbr.ehmm...thn dpn dh form 5.cepatnye mse berlalu...rindu kat korang sume..gmbr kt atas tu..mse raye..kt bwh lop..mse cikgu kls nk ambk gmbr coz dh nk brsara..FRENZ4EVE...

Tuesday, November 17, 2009

hari ini..

just nak cerita sikit apa yang berlaku kat sekolah hari ini..semalam baru je buat jamuan kelas. so, hari ini tak ramai yang datang. rasanya bil prempuan just 5 org.Melalui hari tu sgt membosankan.Report byk lg blm hantar..lg 2 hari sekolah akn bercuti. Malas pulak nk siapkn report mse tu. pagi tu cuba hbskn buku mikail karya ramlee awang murshid yg dipinjam dari kawan.klau diteliti, karyanya hmpir sme nge adam. pengarang bijak bermain dgn watak.cuba mengelirukan dan memberi jawapan di luar tanggapan. rasanya membaca novelnya tak tumpah seperti menonton kartun detektif conan.pengarang juga suka melibatan negara luar atau kawasan luar.contohnya,dalam novel adam dan mikail, negara yang byk bermain ialah amerika syarikat. sudah tentu sekali kerana ia merupakan kuasa yg amt besar.ceritanya meliputi antarabangsa.pengarang mmg seorang yg byk membaca.malah, gaya wataknya yang mengunakan piskol yang kalis bunyi cukup sinonim dalam novel tersebut. masakan tidak, tugas pengintipan harus dilakukan dgn berhati-hati, pembunuhan hrs disembunyikan. novelnya jg walaupun kebanyakkannya selesai dgn happy ending, namun ada sesetengah babak msh mninggalkn bbrapa persoaln...something missing...and kekadang tu ada yang tak logik..dan itulah yg mmbuatkn novelnya penuh tenaga.cukuplah mgulas ttg buku itu.hari ni blh dkatakn hari yg mnyedihkn coz my result was so bad.well, markah sy turun skit dari markah pertengahn tahun.nasib baiklah ada kawan di sisi.walaupun skadar mnceritakan kisah hidupnya namun ia sukup mmbuatkn sy tersenyum sndiri...yeah...hidup mmg rumit...

Friday, October 2, 2009

what's going on..?

kejadian berlaku pada hari Rabu malam Khamis, satu kejadian paranormal telah berlaku di mana bulan terbentuk dengan tiga lingkaran bulatan beserta kalimah ALLAH. kejadian ini jelas ddilihat dalam pukul 11.00 mlm di kuala terengganu. serentak dengan itu, telah trjadi ribut di kawasan Besut, Terengganu, gempa bumi di Indonesia yang turut dikasai d Malaysia serta tsunami. Bolehlah disimpulkan di sini, bahawa kejadinan yg terjadi ini adalah sebagai menunjukkan kebesaran ALLAH dan sebagai satu peringatan kepada manusia yang semakin lupa akan penciptanya...

Wednesday, September 30, 2009

today..

hari ini saya baca surat khabar tempatan dan saya tertarik dengan satu artikel ni.lupalah tajuk dier...tapi kalu tak silap'harapan Amerika terhadap Kuala Lumpur'.Di sini saya sekadar menyatakan ketidak setujuan saya terhadap apa yang diperkatakan.Apa yang dia kata atau apa yang saya faham,penulis tersebut kata, kini negara Amerika mula memandang negara ini atas niat supaya negara ini dapat menasihati negara Iran supaya menghentikan program nuklear memandangkan negara Malaysia merupakan negara Islam.Penulis tersebut juga menyatakan persetujuaannya supaya menyokong penghentian program nuklear ini kerana ia boleh menguggat keamanan negara. Ha! itulah yg sy tak setuju.mengikut pemikiran sy yg x seberapa nie..progam nuklear nie dah tak bleh nak dielakkan dan lambat laun, peperangan akan berlaku juga.tambahan pula, Iran ialah sebuah negara Islam same macm kite..satu-satunya senjata dia bagi mengelakan penguasaan Amerika yang dibantu oleh Israel terhadap negaranya hanyalah bom nuklear.Kita sebagai negara Islam sepatutnya menyokong...cuba kita berada di tempat dia, adakah kita rela membiarkan negara dikuasai oleh mereka?sudah tentu tidak bukan?kalaulah satu-satunya senjata kita ialah senjata nuklear bagi menakutkan musuh, adakah kita akan memusnahkannya demi sebuah keamanan yang belum pasti sedangkan negara Amerika sendiri sebuah negara pengeksport senjata terbesar di dunia dan dah brape byk negara Islam yang diserang olehnya?Apa yang perlu kite lakukan sekarang ialah memperkasakan orang2 kita supaya dapat membangunkan negara ini supaya menjadi negara yang bukan setaraf tetapi lebih tinggi dari negara lain supaya kita tidak lagi dieksplotasi dan dimanipulasi oleh negara maju yang lain.Rasanya tak salah kalau negara ini turut cuba mengeluarkan senjata nuklear bagi mempertahankan negara ini pada masa akan datang. penyakit H1N1 yang semakin menular. tidak perlulah lagi menunggu vaksin dari luar, sebaliknya gunalah kepakaran saintis2 kite yang tidak kurang hebatnya bagi mengeluarkan vaksin yang benar2 berkesan. Mungkin kita perlu kembali kepada cara Islam kerana di situ tersimpan sejuta jawapan kepada seribu persoalanan.Amerika sekrg pon mkn dihimpit tekanan.siapa yang mule2 menjadikan ekonomi jatuh dan mule2 tersebarnya wabak H1N1?siapa lagi kalau bukan Amerika.Walaupon dia negara yang kuat tp ttp ada kelemahannya.Ingatlah wahai umat Islam..........SIAPA LAGI YANG DAPAT MEMBELA ISLAM SELAIN KITA, negara Islam?          maaflah atas segala kekasaran...ini sekadar satu pendapat.....

Sunday, September 27, 2009

school...

hari pertama sekolah lepas seminggu cuti raya.perhimpunan tak ada, cikgu ramai tak masuk.boleh dikatakan seharian tu asyik borak dengan kengkawan. baru lepas raya, banyak topik yang nak dibincangkan.jarang dapat masa terluang camni.semunya berjalan cam biasa...bosan pon ada..tak da pape nk diperkatakan....

Tuesday, September 22, 2009

ehmm..

hari ketiga raya-hari ini tak banyak keluar.ayah balik kuala lumpur malam ni.satu kejadian berlaku masa kitaorang sibuk bersiap untuk solat magrib. adik saya yang umur 5 tahun angkat adik saya yang umurnya tak sampai satu tahun.lepas pegang ,dia terus lepas macam tu je.bunyi hentakan tu bolehlah dikatakan kuat.sebelum tu, adik saya umur 2 tahun tindang adik saya yang kecil ni. punyalah susah nak hentikan tangisannya tu.akhirnya, dapat juga ditidurkan.cuma masa dia tidur mata dia tak tutup rapatlah, bola matanya bergerak-gerak.normal ke tu..?

Monday, September 21, 2009

hari raya...

hari ini, hari kedua umat islam menyambut hari raya. Keluargaku tidak pulang ke kampung.Beraya di halaman sendiri pun seronok juga cuma tidaklah rasa terlalu meriah, mungkin sebab tidak bermain bunga api kot. Yelah, hidup di kota.Hari pertama,pergi beraya di rumah sanak-saudara.setiap rumah wajib ada rendang,tak rendang, sate,tak pun laksa.Raya tahun ni,baju raya sehelai sahaja.kelakar pula rasanya.itu pun orang yang kasi.betapa malasnya nak bersesak di supermarket.Letih nak layan tetamu ni terutamanya yang kanak-kanak.Diaorang datang bukan nak apapun,cuma nak duit raya.kalau boleh langsung tak nak masuk rumah.
cuti raya seminggu aje. kerja sekolah tak siap-siap lagi terutamanya report bio,kimia dan fizik.entah bila nak siap. sibuk pergi beraya jelah...

my family

keluarga adalah orang yang paling rapat dengan kita selain rakan. Mempunyai keluarga yang bahagia menjadi impian setiap orang. Tidak kisahlah sejauh mana mereka sekarang, mereka tetap di hati kita. Keluarga, tempat luahan isi hati kerana mereka lebih mengetahui tentang diri kita. Keluargaku mempunyai 9 orang ahli termasuklah 7 orang darinya adalah adik-beradikku. Kata orang, lain orangnya, lain perangainya. Menjadi anak kedua agak sukar buatku. Walaupun bukan anak sulong, tugasku tidak kurang dengan kakakku. Keluargaku berasal dari dua buah negeri. Sudah menjadi kewajiban buat kami sekeluarga melancong keluar negeri. Kalau tidak untuk melancong, untuk balik kampung. Akhir kalam,hidup ini akan berseri dengan adanya keluarga yang bahagia. Seharusnya kita perlu meluangkan lebih masa bersama mereka agar pertalian yang sedia terjalin bertambah utuh.salam...