Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha...


malam raya...banyak orang kat surau dan masjid mula bertakbir memuji kebesaran ALLAH. esok korban dilaksanakan. malam-malam macam ni elok diisi dengan zikrillah...hari ini pon ramai yang melaksanakan ibadah puasa sunnat padang arafah...dengar berita..,ramai yang mati hari ini kat padang arafah..wah, bagusnya...ibadah raya korban nie dilaksanakan sempena mengingati peristiwa pengorbanan nabi ismail dan ayahnya nabi ibrahim sehingga tuhan menukarkannya dengan seekor kibas.selaain itu.ibadah ini juga sekurang-kurangnya dapat membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. bukan senang bagi mereka untuk merasai daging..just sekali setahun je...
gambar kat sebelah dan kat atas tulah rupanya padang arafah...bilalah aku bolah pergi sana...dapat gi umrah pun dah okey dah...duit bilalah nak cukup..asyik habis je...duit pun cukup2 makan je...ehmm...lain kali kena tahan nafsu skit..he3...saudara-mara tak ada plak yang gi haji tahun nie..rindu nak minum air zam-zam. kurma, kismis, buah tin dan sebagainya..esok raya haji..ayah saya tak balik..hu3...nenek dan atuk tempah sate...menjamu satelah esok...nenek masak daging dalam pelbagai jenis masakan (macam2 ada) ..weh...!!x sabar nak rase...orang perantauan pun akan balik...tambah meriahlah..macam raya
aidilfitri lak..buat para jemaah haji..moga segala perjalanan kalian dalam menunaikan ibadat haji akan dipermudahkan ALLAH dan semoga mendapat haji yang mabrur...-insyallah-...p/s-esok pergi solat raya awal...mkn selpas solat(lewatkn)-sunnat tu....

No comments:

Post a Comment