Sunday, June 30, 2013

Sebab aku sayang kau!

Malam ini bulan terang. Amira duduk terdiam menghadap laptop. Dia kelu. Fikirannya kian serabut. Terasa beban yang semakin menghimpit dirinya. ‘Dia kawan aku!’ jerit hatinya. Dipandangnya Sarah yang sedang tidur. ‘Ah, bagaimana aku mahu menyuarakan. Ya Allah, kuatkan aku!’
***
“hurm.. cantik tak?” soal Farah. Amira senyum. Tidak menafikan, tidak juga mengiakan. Memang cantik tudungnya tapi sayang kainnya agak jarang. Dia sebolehnya mahu menyatakan pendapatnya tapi rasa takut terlalu menebal dalam diri.

‘Aku bukan baik sangat nak tegur orang pun, tapi kalau tak tegur..ahh’

‘tapi kan kalau kau tak tegur, kau pun akan dapat saham juga..hurm’

‘tapi, aku tak kuat lagi la..selemah-lemah iman kan adalah membenci dalam hati’

‘memangla, tapi, takkan kau nak ambil yang selemah-lemah iman. Kau pun belum cuba dari langkah pertama iaitu dengan tangan (kuasa) dan lidah(nasihat)’

Hati Amira berbisik lagi

‘takkan kau tak nak tarik dia masuk syurga. Syurga bukan milik kau sorang!’

Matanya mula bergenang. Dia mengatur langkah keluar dari bilik.

“jom, pergi kelas. Dah nak pukul 8 ni.”

“ok, jap ea.. lagi sikit nak siap!”

‘Sarah, maafkan aku!’
***
“Sarah, kau ‘couple’ ke dengan Faris tu?”

“eh, mana kau tahu? A’ah. Baru je. Apa kau rasa tentang dia?”

“Err.. ok, dia baik ”.

“Tu je?”

“kau nak jawapan yang macam mana?”

“Hurmm.. ok” Sarah mengalih pandangannya ke skrin laptop.

‘Ah!’ rasa serba salah terus menghimpit Amira.

‘couple memang haram kan? Dalam quran ada cakap, janganlah kamu mendekati zina..tapi..’

Amira teringat akan kata-kata kakak naqibahnya,
“mungkin sahaja nanti datang suatu saat di mana Allah uji kita terhadap perkara yang kita pertahankan”
***
‘aku tahu aku bukan baik sangat. Aku memang teringin nak pakai macam kau. Sopan je. Time aku buat salah, aku harap kau tegur aku. Aku memang anggap kau kawan baik aku. Kau pernah sekolah agama. Aku dulu teringin nak sekolah agama tapi tak dapat. Aku tahu kau banyak tak jujur dengan aku. Kenapa? Aku selalu tengok kau pergi usrah.. aku nak ikut kau. Tapi aku malu.. kau pun tak ada nak ajak aku kan?’

Amira hanya memerhati Sarah dari ekor matanya. Terasa aneh pandangan Sarah terhadapnya.

“kenapa?”

“tak ada pape” . Sarah hanya tersenyum. Kelat.

“aku nak keluar jap tau.” Amira keluar sambil mengukir senyuman.
***
Amira membalut kemas hadiah itu. Diletaknya reben ungu kesukaan Farah. Amira hias kotak itu dengan kata-kata semangat. Amira tunggu kelibat Farah.

“selamat hari lahir!” senyum Farah tatkala melihat Farah masuk ke dalam bilik. Dihulurnya kotak hadiah.

“wah, apa kat dalam ni? Terima kasih tau. Aku buka boleh?”

“kau buka nanti la. Time aku tak ada. Ok?”

“hurm…”
***
Sarah duduk bersantai di wakaf tepi kolejnya. Di pandangnya kotak hadiah pemberian Amira. Dia tersenyum.

‘tudung’

Kain tudung pemberian Amira. dia selalu melihat Amira memakainya tapi kali ini, dia memilikinya dengan warna kesukaannya. Dulu, Sarah teringin membelinya tetapi harga kain tudung seperti ini sangat tinggi. Tidak jarang dan tidak melekat. Dia juga tahu, tudung ini adalah tudung kesukaan Amira.

‘terima kasih’

Sarah senang. Tapi dia sendiri tahu, dia tidak bersedia memakainya.

‘tapi, kenapa kau bagi aku?’

Amira memerhatinya dari jauh.


‘sebab aku sayang kau!’