Sunday, June 30, 2013

Sebab aku sayang kau!

Malam ini bulan terang. Amira duduk terdiam menghadap laptop. Dia kelu. Fikirannya kian serabut. Terasa beban yang semakin menghimpit dirinya. ‘Dia kawan aku!’ jerit hatinya. Dipandangnya Sarah yang sedang tidur. ‘Ah, bagaimana aku mahu menyuarakan. Ya Allah, kuatkan aku!’
***
“hurm.. cantik tak?” soal Farah. Amira senyum. Tidak menafikan, tidak juga mengiakan. Memang cantik tudungnya tapi sayang kainnya agak jarang. Dia sebolehnya mahu menyatakan pendapatnya tapi rasa takut terlalu menebal dalam diri.

‘Aku bukan baik sangat nak tegur orang pun, tapi kalau tak tegur..ahh’

‘tapi kan kalau kau tak tegur, kau pun akan dapat saham juga..hurm’

‘tapi, aku tak kuat lagi la..selemah-lemah iman kan adalah membenci dalam hati’

‘memangla, tapi, takkan kau nak ambil yang selemah-lemah iman. Kau pun belum cuba dari langkah pertama iaitu dengan tangan (kuasa) dan lidah(nasihat)’

Hati Amira berbisik lagi

‘takkan kau tak nak tarik dia masuk syurga. Syurga bukan milik kau sorang!’

Matanya mula bergenang. Dia mengatur langkah keluar dari bilik.

“jom, pergi kelas. Dah nak pukul 8 ni.”

“ok, jap ea.. lagi sikit nak siap!”

‘Sarah, maafkan aku!’
***
“Sarah, kau ‘couple’ ke dengan Faris tu?”

“eh, mana kau tahu? A’ah. Baru je. Apa kau rasa tentang dia?”

“Err.. ok, dia baik ”.

“Tu je?”

“kau nak jawapan yang macam mana?”

“Hurmm.. ok” Sarah mengalih pandangannya ke skrin laptop.

‘Ah!’ rasa serba salah terus menghimpit Amira.

‘couple memang haram kan? Dalam quran ada cakap, janganlah kamu mendekati zina..tapi..’

Amira teringat akan kata-kata kakak naqibahnya,
“mungkin sahaja nanti datang suatu saat di mana Allah uji kita terhadap perkara yang kita pertahankan”
***
‘aku tahu aku bukan baik sangat. Aku memang teringin nak pakai macam kau. Sopan je. Time aku buat salah, aku harap kau tegur aku. Aku memang anggap kau kawan baik aku. Kau pernah sekolah agama. Aku dulu teringin nak sekolah agama tapi tak dapat. Aku tahu kau banyak tak jujur dengan aku. Kenapa? Aku selalu tengok kau pergi usrah.. aku nak ikut kau. Tapi aku malu.. kau pun tak ada nak ajak aku kan?’

Amira hanya memerhati Sarah dari ekor matanya. Terasa aneh pandangan Sarah terhadapnya.

“kenapa?”

“tak ada pape” . Sarah hanya tersenyum. Kelat.

“aku nak keluar jap tau.” Amira keluar sambil mengukir senyuman.
***
Amira membalut kemas hadiah itu. Diletaknya reben ungu kesukaan Farah. Amira hias kotak itu dengan kata-kata semangat. Amira tunggu kelibat Farah.

“selamat hari lahir!” senyum Farah tatkala melihat Farah masuk ke dalam bilik. Dihulurnya kotak hadiah.

“wah, apa kat dalam ni? Terima kasih tau. Aku buka boleh?”

“kau buka nanti la. Time aku tak ada. Ok?”

“hurm…”
***
Sarah duduk bersantai di wakaf tepi kolejnya. Di pandangnya kotak hadiah pemberian Amira. Dia tersenyum.

‘tudung’

Kain tudung pemberian Amira. dia selalu melihat Amira memakainya tapi kali ini, dia memilikinya dengan warna kesukaannya. Dulu, Sarah teringin membelinya tetapi harga kain tudung seperti ini sangat tinggi. Tidak jarang dan tidak melekat. Dia juga tahu, tudung ini adalah tudung kesukaan Amira.

‘terima kasih’

Sarah senang. Tapi dia sendiri tahu, dia tidak bersedia memakainya.

‘tapi, kenapa kau bagi aku?’

Amira memerhatinya dari jauh.


‘sebab aku sayang kau!’

Sunday, April 14, 2013

fenomena ~


“aah.. saya dah penat."

“kenapa ni ?”

“ saya penat berterusan begini. Saya penat mengharap pada perjuangan yang tak nampak hasilnya. Seakan gerabak ini langsung tidak bergerak.”

“cuba kamu lihat pada perjuangan dakwah nabi nuh a.s. dakwahnya lebih panjang. Lebih hebat. Tapi berapa kerat sahaja kaumnya yang mengikuti ajarannya? Duhai teman, andai dirimu jatuh, jangan sampai terus tersungkur. Bangkitlah.. teruskanlah melangkah. Perjuangan ini memang panjang. Kita bukanlah pemulanya dan bukan juga pengakhirnya, tapi kita adalah generasi yang meneruskan perjuangan dakwah para nabi.”

“Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar…” (QS; 3:110)

Kuatlah duhai hati.. jangan dibiar tanggismu melemahkanmu.. Kuatlah duhai hati.. moga kau tidak hilang punca. Kuatlah duhai hati.. kerana Allah sentiasa bersamamu..

“mungkin kerana kita telah lama islam membuatkan kita hilang momentum. Tiada lagi kesungguhan dan semangat. Tetapi yakinlah pada kemenangan yang pasti. Jangan sekadar mengharap tapi jadilah kamu seorang peyumbang kepada kemenangan islam itu sendiri.”

‘apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah..’ (QS; 110:1-2)

Saya lihat,
Untungnya mereka yang berhijrah. Dari jahiliyyah kepada kehidupan islam. Mereka lebih rasa akan nikmat islam itu sendiri. Semangat mereka lebih baru. Malah, inilah nilai dakwah yang kita mahu hasilkan, kelebihan mereka, mereka gunakan untuk islam.

‘manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham’

“ya, segalanya bermula dengan tarbiyyah. Berbentukkan akidah yang mantap dalam menghasilkan manusia yang hebat”

“saya tanya anda pula, dimana dan ke mana hijrah kita?”

Sekarang negara sedang menghadapi musim pilihanraya umum ke-13. Maka, di televisyen juga di akhabar-akhbar tempatan menyiarkan tentang manifesto dan apa sahaja kaitannya dengan pilihanraya. Malah, ianya tidak berhenti di situ sahaja, berita sebegini juga mewarnai hingga ke alam maya. Maka elemen-elemen seperti fitnah-menfitnah, kata-mengata penuh di ruangan komen mahupun website. Ah, kita boleh nilai sendiri akan menteliti masyarakat negara kita hari ini. Sedih.

“dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui “ (QS; 2:42)

Eh, kita sama-sama islam.. kenapa bergaduh? Ah, politik rakyat!

“hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah- pecah” (QS;3:103)

“Kita mahukan sebuah negara yang mengamalkan islam sepenuhnya. Ya, kita mahukan ianya diubah. Pihak mereka dah lama memerintah. Sejak pilihanraya 1955. Hasrat ini kita dah lama suarakan. Basmi rasuah. Hilangkan riba dalam ptptn. Laksanakan hudud. Ya, kita guna pakai kaedah membaik pulih kerajaan yang sedia ada. Tapi hasilnya… sampai kini?”

“wahai orang-orang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan. Dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu” (QS; 2:208)

“mereka yang memaksa kami mencetuskan reformasi. Ya, kami tahu konsep ini agak ketinggilan. Seakan negara mahu mengundur ke belakang. Sedangkan negara sedang megalami transformasi. Tapi..”

Negara kita memang sedang membangun. Ekonomi kita hebat. Nilai KDNK naik. Pertumbuhan ekonomi naik jika dibandingan puluhan tahun yang dulu. Tapi kita juga menghadapi inflasi. Harga barang naik tetapi pendapatan masyarakt tidak dapat menampung perbelanjaan yang perlu dikeluarkan berbanding ketika era kemerdekaan. Nilai wang kita juga seakan makin merosot. Hutang negara juga meningkat mendadak sejak lima tahun kebelakangan ini.

“itulah sebabnya. Kita perlu kembalikan kewangan islam. penggunaan wang kertas (fiat) terlalu berisiko. Kenapa tidak digunakan mata wang emas yang nilainya lebih kukuh? Hilangkan riba kerana penggunaan riba juga dunia pernah menghadapi kemelesetan ekonomi. Ya, kita terlalu terikat dengan sistem kewangan barat..”

“mimpikah kamu.. ketika keadaan dunia yang semacam ini.. bagaimana kau mahu mengangkat islam di mata dunia? Kita semua impikannya tapi..”

Tapi.. islam itu tak terbina dari masyarakat yang tidak faham.. lihat pemuda kita hari ini.. ya, kau katakan itu proses modenisasi. Letaklah segala istilah.. liberalisasi, hedonisme, secular.. hakikatnya, di mana pemuda kita? kemana hilang kekuatan mereka? Ah, apakah yang kau beri pada mereka sehingga lemahnya mereka..

Sultan Muhammad al-fateh menawan kota konstantinopel pada usia 21 tahun

salahuddin al-ayubi menawan baitulmaqdis dalam usianya yang muda

Hentikan memberi gula kepada rakyat. Gula memang manis. Tapi manisnya gula menjadikan kita berpenyakit. Rakyat yang sakit akan memberi kesan kepada pihak kerajaan untuk merawat mereka. Sekaligus, meningkatkan kos rawatan.

Jangan dikunci pemikiran mereka! Salurkan dengan ilmu dan maklumat yang benar dan tepat.

“kita perlu cepat.. Gerakan yang perlahan terlalu menyeksakan”

“jangan tergesa-gesa dalam perjuangan ini. Mungkin hasilnya, tidak sempat kita rasai.. mungkin di zaman cucu cicit kita.. tapi jangan berhenti dari terus berlari. Perjuangan yang tergesa-gesa hanya menambahkan rompong.. akhirnya rebah tak mampu diangkat”

Tak kisahlah anda dari kapal mana selagi tujuan kita mahu menuju pulau yang sama. Tidak perlu bergaduh tentang laluan apa yang perlu diambil.. masing-masing ada caranya.. asalkan anda meletakkan diri anda di dalam salah satu kapal itu.

“sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (QS; 61:4)

p/s- sila fahami maksud tersurat dan tersirat :)
      'people just want to listen what they want to listen'