“aah.. saya dah penat."
“kenapa ni ?”
“ saya penat berterusan begini. Saya penat mengharap pada
perjuangan yang tak nampak hasilnya. Seakan gerabak ini langsung tidak
bergerak.”
“cuba kamu lihat pada perjuangan dakwah nabi nuh a.s.
dakwahnya lebih panjang. Lebih hebat. Tapi berapa kerat sahaja kaumnya yang
mengikuti ajarannya? Duhai teman, andai dirimu jatuh, jangan sampai terus
tersungkur. Bangkitlah.. teruskanlah melangkah. Perjuangan ini memang panjang. Kita
bukanlah pemulanya dan bukan juga pengakhirnya, tapi kita adalah generasi yang
meneruskan perjuangan dakwah para nabi.”
“Kamu (umat islam)
adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh
(berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar…” (QS; 3:110)
Kuatlah duhai hati..
jangan dibiar tanggismu melemahkanmu.. Kuatlah duhai hati.. moga kau tidak
hilang punca. Kuatlah duhai hati.. kerana Allah sentiasa bersamamu..
“mungkin kerana kita telah lama islam membuatkan kita hilang
momentum. Tiada lagi kesungguhan dan semangat. Tetapi yakinlah pada kemenangan
yang pasti. Jangan sekadar mengharap tapi jadilah kamu seorang peyumbang kepada
kemenangan islam itu sendiri.”
‘apabila datang
pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong
masuk agama Allah..’ (QS; 110:1-2)
Saya lihat,
Untungnya mereka yang berhijrah. Dari jahiliyyah kepada
kehidupan islam. Mereka lebih rasa akan nikmat islam itu sendiri. Semangat mereka
lebih baru. Malah, inilah nilai dakwah yang kita mahu hasilkan, kelebihan
mereka, mereka gunakan untuk islam.
‘manusia seperti
logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam,
sekiranya mereka faham’
“ya, segalanya bermula dengan tarbiyyah. Berbentukkan akidah
yang mantap dalam menghasilkan manusia yang hebat”
“saya tanya anda pula, dimana dan ke mana hijrah kita?”
Sekarang negara sedang menghadapi musim pilihanraya umum
ke-13. Maka, di televisyen juga di akhabar-akhbar tempatan menyiarkan tentang
manifesto dan apa sahaja kaitannya dengan pilihanraya. Malah, ianya tidak berhenti di situ sahaja, berita sebegini juga mewarnai hingga ke alam maya. Maka
elemen-elemen seperti fitnah-menfitnah, kata-mengata penuh di ruangan komen
mahupun website. Ah, kita boleh nilai sendiri akan menteliti masyarakat negara
kita hari ini. Sedih.
“dan janganlah kamu
campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan
kebenaran, sedangkan kamu mengetahui “ (QS; 2:42)
Eh, kita sama-sama islam.. kenapa bergaduh? Ah, politik
rakyat!
“hendaklah kamu
berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah- pecah” (QS;3:103)
“Kita mahukan sebuah negara yang mengamalkan islam
sepenuhnya. Ya, kita mahukan ianya diubah. Pihak mereka dah lama memerintah. Sejak
pilihanraya 1955. Hasrat ini kita dah lama suarakan. Basmi rasuah. Hilangkan riba
dalam ptptn. Laksanakan hudud. Ya, kita guna pakai kaedah membaik pulih
kerajaan yang sedia ada. Tapi hasilnya… sampai kini?”
“wahai orang-orang
beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan. Dan janganlah kamu ikuti
langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu” (QS; 2:208)
“mereka yang memaksa kami mencetuskan reformasi. Ya, kami
tahu konsep ini agak ketinggilan. Seakan negara mahu mengundur ke belakang. Sedangkan
negara sedang megalami transformasi. Tapi..”
Negara kita memang sedang membangun. Ekonomi kita hebat. Nilai
KDNK naik. Pertumbuhan ekonomi naik jika dibandingan puluhan tahun yang dulu. Tapi
kita juga menghadapi inflasi. Harga barang naik tetapi pendapatan masyarakt
tidak dapat menampung perbelanjaan yang perlu dikeluarkan berbanding ketika era
kemerdekaan. Nilai wang kita juga seakan makin merosot. Hutang negara juga
meningkat mendadak sejak lima tahun kebelakangan ini.
“itulah sebabnya. Kita perlu kembalikan kewangan islam. penggunaan
wang kertas (fiat) terlalu berisiko. Kenapa tidak digunakan mata wang emas yang
nilainya lebih kukuh? Hilangkan riba kerana penggunaan riba juga dunia pernah menghadapi
kemelesetan ekonomi. Ya, kita terlalu terikat dengan sistem kewangan barat..”
“mimpikah kamu.. ketika keadaan dunia yang semacam ini..
bagaimana kau mahu mengangkat islam di mata dunia? Kita semua impikannya tapi..”
Tapi.. islam itu tak terbina dari masyarakat yang tidak
faham.. lihat pemuda kita hari ini.. ya, kau katakan itu proses modenisasi. Letaklah
segala istilah.. liberalisasi, hedonisme, secular.. hakikatnya, di mana pemuda
kita? kemana hilang kekuatan mereka? Ah, apakah yang kau beri pada mereka
sehingga lemahnya mereka..
Sultan Muhammad al-fateh
menawan kota konstantinopel pada usia 21 tahun
salahuddin al-ayubi menawan baitulmaqdis dalam usianya yang muda
Hentikan memberi gula kepada rakyat. Gula memang manis. Tapi
manisnya gula menjadikan kita berpenyakit. Rakyat yang sakit akan memberi kesan
kepada pihak kerajaan untuk merawat mereka. Sekaligus, meningkatkan kos
rawatan.
Jangan dikunci pemikiran mereka! Salurkan dengan ilmu dan
maklumat yang benar dan tepat.
“kita perlu cepat.. Gerakan yang perlahan terlalu menyeksakan”
“jangan tergesa-gesa dalam perjuangan ini. Mungkin hasilnya,
tidak sempat kita rasai.. mungkin di zaman cucu cicit kita.. tapi jangan
berhenti dari terus berlari. Perjuangan yang tergesa-gesa hanya menambahkan rompong..
akhirnya rebah tak mampu diangkat”
Tak kisahlah anda dari kapal mana selagi tujuan kita mahu
menuju pulau yang sama. Tidak perlu bergaduh tentang laluan apa yang perlu
diambil.. masing-masing ada caranya.. asalkan anda meletakkan diri anda di
dalam salah satu kapal itu.
“sesungguhnya Allah
mengasihi orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang
teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (QS;
61:4)
p/s- sila fahami maksud tersurat dan tersirat :)
'people just want to listen what they want to listen'
