Monday, September 21, 2009

my family

keluarga adalah orang yang paling rapat dengan kita selain rakan. Mempunyai keluarga yang bahagia menjadi impian setiap orang. Tidak kisahlah sejauh mana mereka sekarang, mereka tetap di hati kita. Keluarga, tempat luahan isi hati kerana mereka lebih mengetahui tentang diri kita. Keluargaku mempunyai 9 orang ahli termasuklah 7 orang darinya adalah adik-beradikku. Kata orang, lain orangnya, lain perangainya. Menjadi anak kedua agak sukar buatku. Walaupun bukan anak sulong, tugasku tidak kurang dengan kakakku. Keluargaku berasal dari dua buah negeri. Sudah menjadi kewajiban buat kami sekeluarga melancong keluar negeri. Kalau tidak untuk melancong, untuk balik kampung. Akhir kalam,hidup ini akan berseri dengan adanya keluarga yang bahagia. Seharusnya kita perlu meluangkan lebih masa bersama mereka agar pertalian yang sedia terjalin bertambah utuh.salam...

No comments:

Post a Comment