"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."57:23
Wednesday, September 30, 2009
today..
hari ini saya baca surat khabar tempatan dan saya tertarik dengan satu artikel ni.lupalah tajuk dier...tapi kalu tak silap'harapan Amerika terhadap Kuala Lumpur'.Di sini saya sekadar menyatakan ketidak setujuan saya terhadap apa yang diperkatakan.Apa yang dia kata atau apa yang saya faham,penulis tersebut kata, kini negara Amerika mula memandang negara ini atas niat supaya negara ini dapat menasihati negara Iran supaya menghentikan program nuklear memandangkan negara Malaysia merupakan negara Islam.Penulis tersebut juga menyatakan persetujuaannya supaya menyokong penghentian program nuklear ini kerana ia boleh menguggat keamanan negara. Ha! itulah yg sy tak setuju.mengikut pemikiran sy yg x seberapa nie..progam nuklear nie dah tak bleh nak dielakkan dan lambat laun, peperangan akan berlaku juga.tambahan pula, Iran ialah sebuah negara Islam same macm kite..satu-satunya senjata dia bagi mengelakan penguasaan Amerika yang dibantu oleh Israel terhadap negaranya hanyalah bom nuklear.Kita sebagai negara Islam sepatutnya menyokong...cuba kita berada di tempat dia, adakah kita rela membiarkan negara dikuasai oleh mereka?sudah tentu tidak bukan?kalaulah satu-satunya senjata kita ialah senjata nuklear bagi menakutkan musuh, adakah kita akan memusnahkannya demi sebuah keamanan yang belum pasti sedangkan negara Amerika sendiri sebuah negara pengeksport senjata terbesar di dunia dan dah brape byk negara Islam yang diserang olehnya?Apa yang perlu kite lakukan sekarang ialah memperkasakan orang2 kita supaya dapat membangunkan negara ini supaya menjadi negara yang bukan setaraf tetapi lebih tinggi dari negara lain supaya kita tidak lagi dieksplotasi dan dimanipulasi oleh negara maju yang lain.Rasanya tak salah kalau negara ini turut cuba mengeluarkan senjata nuklear bagi mempertahankan negara ini pada masa akan datang. penyakit H1N1 yang semakin menular. tidak perlulah lagi menunggu vaksin dari luar, sebaliknya gunalah kepakaran saintis2 kite yang tidak kurang hebatnya bagi mengeluarkan vaksin yang benar2 berkesan. Mungkin kita perlu kembali kepada cara Islam kerana di situ tersimpan sejuta jawapan kepada seribu persoalanan.Amerika sekrg pon mkn dihimpit tekanan.siapa yang mule2 menjadikan ekonomi jatuh dan mule2 tersebarnya wabak H1N1?siapa lagi kalau bukan Amerika.Walaupon dia negara yang kuat tp ttp ada kelemahannya.Ingatlah wahai umat Islam..........SIAPA LAGI YANG DAPAT MEMBELA ISLAM SELAIN KITA, negara Islam? maaflah atas segala kekasaran...ini sekadar satu pendapat.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment