Sunday, December 6, 2009

rahsia 7 hari

hari ahad

hari menciptakan dan memakmurkan kerana pada hari itulah Allah mula menciptakan dunia dan memakmurkan...
adapun 7 macam benda itu ialah:
-tempat jalan bintang-bintang yang bergerak
-neraka yang bertingkat
-bumi yang berlapis
-lautan yang besar
-anggota tubuh badan

hari isnin

hari pelayaran dan perniagaan kerana nabi Syaits a.s telah berlayar pada hari isnin untuk berniaga...
7 keutamaan atau kelebihan:
-nabi Idris a.s telah naik ke langit
-nabi Musa telah pergi ke Bukit Thursina-7 kali perjalanan
-turun ayat tentang keEsaan Allah
-hari Rasulullah dilahirkan
-jibrail pertama kalinya turun menemui Rasulullah
-semua amal2 ditunjukkan kpd Rasulullah
-hari Rasulullah wafat

hari selasa

hari berdarah kerana pada hari itulah Siti Hawa haid dan putera Nabi Adam membunuh saudaranya sendiri..
peristiwa 7 jiwa dibunuh:
-Jurjais as
-Yahya as
-Zakaria as
-tukang sihir Firaun
-Asiah-isteri Firaun
-Sahib sapi bani Israel
-Habil-putera Adam as

hari rabu

hari banyak terjadi nahas kerana pada hari itu Allah telah menenggelamkan Firaun dan pengikutnya, memusnahkan kaum Aad dan Thamud dan kaum Saleh..
7 macam azab:
-Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung Hudhud
-Qarun dimusnahkan dan dibenamkan ke dalam tanah
-Firaun dan pengikutnya(kaumnya) ditenggelamkan dalam sungai Nil
-Namruz dibinasakan dengan nyamuk
-kehancuran kaum Saleh
-Syadid bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail as
-Kaum Hud dibinasakan dengan angin taufan

hari khamis

hari tercapainya hajat kerana nabi Ibrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari itu, maka dia telah mendapat hajatnya dan nabi Ibrahim diberi Siti Hajar...
7 nabi atau wali memperoleh sesuatu:
-nabi Ibrahim as menemui raja mesir, maka beliau mendapat Siti Hajar
-tukang memberi minum raja mesir keluar dari penjara dan mendapat kebebasan
-saudara-saudara Yusuf menemuinya dan mereka mendapat kenikmatan
-Bunyamin masuk ke mesir dan menemui abangnya Yusuf
-Ya'kub as masuk ke negeri mesir dan beliau mendapat keamanan
-Musa as masuk ke mesir dan menemui Qibti
-Nbi Muhammad saw masuk ke kota Mekah dan beliau mendapat kemenangan

hari jumaat

hari silaturrahim dan pernikahan kerana para anbiya' pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut..
7 pernikahan:
-pernikahan nabi Adam dan Siti Hawa
-pernikahan nabi Yusuf as dengan Zulaikha
-pernikahan nabi Musa dengan Shafrawa
-pernikahan nabi Sulaiman as dengan Balqis
-pernikahan nabi Muhammad dengan Siti Khadijah
-pernikahan nani Muhammad dengan Siti Aisyah
-pernikahan Sayyidina Ali dengan Fatimah

hari sabtu

hari tipu daya kerana bangsa Quraisy telah melakukan tipu daya di Darunnadah..
7 tipu daya:
-kaum Nuh melakukan tipu daya terhadap nabi Nuh
-kaum Saleh melakukan tipu daya terhadap nabi Saleh
-saudara-saudara Yusuf telah melakukan tipu daya terhadap nabi Yusuf
-kaum Musa melakukan tipu daya terhadap nabi Musa
-kaum Isa melakukan tipu daya terhadap nabi Isa
-kaum Quraisy melakukan tipu daya terhadap nabi Muhammad
-kamu bani Israael melakukan tipu daya terhadap larangan Allah swt

ALI bin Abi Thalib bermadah:
"sebaik-baik ialah hari Sabtu untuk berburu
tanpa keraguan jika anda menginginkannya.
dan pada hari Ahad untuk membangun
kerana pada hri itu Allah mula menciptakn langit.

dan pada hari Isnin bila anda ingin berlayar
anda akan selamat dari musibah dan bala.
bila anda berbekam lakukanlah pada hari selasa
pada saat darah itu ditumpahakn.

bila seseorang akan meminum ubat
sebaik-baik hari untuk itu adalah hari Rabu.
dan hari Khamis untuk menunaikan hajat
kerana Allah memerintahkan menuai

dan di hari Jumaat untuk perkahwinan
melapangkan urusan keadaan wanita
ilmu itu tidaklah dihimpunkan kecuali oleh Nabi
                                                               atau pewaris Nabi"

p/s-isi dipetik dari buku rahsia 7 karya
     Muhammad Isa Selamat

No comments:

Post a Comment