suatu ketika , aku ternampak satu cahaya terang benderang memenuhi seluruh langit. kemudisn satu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata:
"wahai Abdul Kadir, akulah Allah,tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu."
aku terus menjawab:"berambuslah wahai syaitan!"
sebaik sahaja mengucapkan kata-kata itu, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia
tadi berdesir menjadi angin. Aku mendengar lagi suara berseru:
"Wahai Abdul Kadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh orang ahli sufi dengan cara ini. tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu."
rupanya syaitan masih cuba menipu aku.lalu, aku pun menjawab:
"Tidak. ini adalah rahmat Allah taala"................................................................
Syeikh Abdul Kadir ditanya oleh seseorang tatkala beliau menceritakan kisah luar biasa itu kepada murid-muridnya:
"Bagaimana tuan tahu itu adalah syaitan?"
jawab Syeikh Abdul Kadir:
"apabila dia berkata dia telah menghalalkan perkara yang haram bagiku."

No comments:
Post a Comment