Berkata luqman hakim;
1. -Menipu taulannya
2. -Tidak mengikut kata segala ulama’
3. -Menghinakan dirinya kerana tamak
4. -Membesarkan dirinya daripada segala orang yang besar daripadanya
5. -Mengikut hawa nafsunya
Kata syafie r.a;
“bahawasanya yang terlebih menganiayai dirinya itu bagi barangsiapa yang merendahkan dirinya akan seseorang yang tiada memuliakan dia dan dipujinya akan barangsiapa yang tiada kenalnya dan dikasihkan akan sahabat yang tiada memberi manfaat akan dia”
Sabda nabi s.a.w;
Ertinya: barangsiapa diam ia, nescaya lepas ia daripada kejahatan lidah.
Wasiat luqman a.s pada anaknya
1. -Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan,tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa
2. - Anakku, janganlah engkau cinta akan dunia kerana engkau tidak diciptakan untuk dunia dan Allah tidak mencipta suatu pun yang lebih hina daripada dunia.
3. - Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikanlah kesusahah yang menimpamu.
4. - Anakku, cukuplah dengan yang sedikit dan reda lah dengan apa yang kamu dapat.
5. - Anakku, bersahabatlah dengan orang-orang yang bijaksana dan redalah dengan apa yang mereka kata, nescaya kamu jadi bijaksana
6. -Anakku, bercakaplah dengan kata-kata yang baik dan duduklah dengan ahli-ahli zikir
7. -Anakku, laksanakanlah hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu.
8. -Anakku, banyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sesekali kecewa kerana diam
9. -Anakku, sepandai-pandai manusia adalah yang paling takut pada Allah
10. - Anakku, fahamilah erti hikmah dan jadikanlah akhlakmu berhikmah
11.-Anakku, elakkanlah daripada menolak permintaan orang lain dan terimalah keuzuran yang diminta oleh orang lain.
1. -Selalulah bertemu ulama’ dengan kedua kakimu dan janganlah engkau berbahas dengan mereka nescaya mereka membencimu
Petikan dari, ‘anakku hebat anakku soleh’ tulisan ustz zahazan Mohamed dan ‘kitab muhimmah dan al-mawa’izd al badi’ah’ tulisan syeikh Abdullah dan syeikh abdul ra’uf


No comments:
Post a Comment