Tuesday, February 8, 2011

kadar untung

Keharusan mengambil untung lebih dari 100 % asalkan ia :-
1) Dari hadis berikut :-
أن النبي -صلي الله عليه وسلم- أعطاه دينارًا يشتري له به شاة، فاشتري له به شاتين، فباع إحداهما بدينار، فجاء بدينار وشاة فدعا له بالبركة في بيعه، وكان لو اشتري التراب لربح فيه
Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )
Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.
2) Sebuah lagi dalil adalah :-
Apa yang dilakukan oleh sahabat bernama Zubayr Al-‘Awwam r.a di mana beliau telah membeli sekeping tanah hutang dengan harga 170,000 dan kemudian beliau menjualnya kepada Abdullah Bin Zubayr dengan harga 1,600,000. Ini bermakna beliau telah menjualnya dengan Sembilan kali ganda harga asalnya.
Walaupun hadis ini mawquf, namun tanah ini telah dijual kepada sahabat lain seperti Mu'awiyah, Abdullah bin Jaffar dan lain-lain sahabat masih hidup tatkala itu, transaksi ini dibuat di zaman Sayyidina Ali k.w. Para ulama menyatakan, persetujuan para sahabat di zaman itu menjadikannya sebagai ijma' sahabat, yang boleh menjadi satu dalil kukuh akan keharusannya.(sumber:ustz zaharuddin)

No comments:

Post a Comment