Sunday, January 9, 2011

hidup pada memberi...

diceritakan: Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al-Balkha di Mekah. Ibrahim bertanya, "Bagaimana mulanya kamu menjadi demikian?" Syaqiq menjawab, "Aku melalui sebuah padang pasir. Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya di situ. Maka aku berkata: Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki. Lalu aku memerhatikannya. Tiba-tiba ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya, menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu. maka aku berkata: sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberiku rezeki di manapun aku berada. Maka aku tinggalkan bekerja dan aku menyibukkan diriku dengan ibadah."

Ibrahim berkata, "Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sihat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu, sehingga lebih mulia daripadanya? tidakkah engkau mendengar Rasulullah saw bersabda: 'tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah'? Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin selalu mencari yang lebih tinggi di antara dua darjat dalam segala urusannya. Sehingga engkau mencapai makam orang-orang abrar."

Kemudian Syaqiq memegang tangan Ibrahim dan menciumya seraya berkata, "Adalah engkau guruku wahai Abu Ishaq."

(imam al-ghazali, penenang jiwa)

No comments:

Post a Comment