Friday, February 19, 2010

salam..

ehmm...ada apa dengan salam?..salam pengukuh ukhwah umat islam. salam menerbitkan kemesraan dan kasih-sayang.sabda rasulullah, "ufshu salam bainakum taha'bu"yang bermaksud sampaikanlah salam maka kamu akan berkasih-kasihan.rasulullah melarang umatnya memberi salam 'alaikum salam'kerana salam itu hanyalah untuk orang mati. rasulullah sering mengulangi salam dengan 3 kali.dan amatlah baik sekali jika dapat bersalam selepas ucapan 'assalamualaikum'
     tahun demi tahun budaya memberi salam semakin terhakis dalam kalangan pelajar sekolah saya. sampaikan kawan saya menegur bahawa hari pertama di sekolah, dia belum menerima salam dari pelajar yang lainnya(adik-adik). ini berlanjutan dalam tempoh masa berminggu-minggu. kalau adapun hanya sorang dua. ketara sekali perbezaannya dengan tahun lepas..tidaklah dapat difikirkan kenapa. mungkin kakak-kakak juga perlu memberi salam terlebih dahulu. salam itukan sunnah. maka, beruntunglah, orang yang dapat  mengerjakan sunnah nabi pada akhir zaman ini dimana sunnah telah banyak ditinggalkan..
     sememangnya budaya memberi salam harus disemai kembali agar ukhwah yang terbina bertambah kukuh..wassalam..

No comments:

Post a Comment